Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Bebas: Kolaborasi Dead Mushroom dan Yazer

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 14, 2024
in Berita
1
20
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN muzik rock, Dead Mushroom yang masih aktif sejak penubuhannya pada tahun 1995, kini meluncurkan single terbaru mereka berjudul, “Bebas” hasil kerjasama dengan penyanyi bintang program Akademi Fantasia 3 (AF3), Yazer pada 1 Ogos 2024.

Lagu tersebut merupakan sebahagian daripada projek EP terbaru mereka, yang memuatkan enam lagu, tiga dalam bahasa Melayu dan tiga dalam bahasa Inggeris secara tidak langsung, diterbitkan sepenuhnya oleh Ashraf Aasimudin atau Acap.

“Bebas” menggabungkan elemen rock balada dengan sentuhan moden, menampilkan vokal mantap daripada Yazer atau nama sebenar Mohd Yazer Yusof dan Faiz selaku vokal utama kumpulan itu yang memberikan dimensi baru kepada muzik Dead Mushroom.

Baca juga: Insomniacks lebarkan sayap ke Jakarta dengan TEMAN EP

Dalam masa sama, EP itu juga dihasilkan dalam format Dolby Atmos, memberikan pengalaman bunyi yang berbeza dan mendalam kepada pendengar.

Dead Mushroom pernah tercalon dalam empat kategori Anugerah Industri Muzik 1998, termasuk Artis Baru Terbaik dalam Kumpulan, Album Inggeris Tempatan Terbaik, Album Kejuruteraan Terbaik, dan Video Klip Terbaik.

Sementara itu, album pertama mereka yang dikeluarkan pada tahun 1997 dan diterbitkan oleh Datuk Ramli MS, diikuti dengan beberapa album dan EP lain yang turut mendapat perhatian.

Baca juga: Eksklusif CIPTA: 45 TAHUN M.NASIR

Sebelum ini, single “Bebas” telah dilancarkan pada 1 Ogos 2024 dan boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music, dan boleh ditonton di saluran YouTube selain, akan dikeluarkan secara berperingkat dengan setiap lagu dilancarkan satu demi satu.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran ‘Bebas’ kerana ia benar-benar menggambarkan jiwa dan semangat kami sebagai kumpulan muzik yang berpengalaman dalam industri muzik.

“Kerjasama dengan Ashraf dan Yazer memberikan sentuhan unik dan kami yakin peminat boleh menerima pembaharuan hasilnya,” jelas Faiz.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, sila ikuti Dead Mushroom di media sosial dan platform penstriman digital. — Arena Muzik

Tags: Dead MushroomYazer
Previous Post

Insomniacks lebarkan sayap ke Jakarta dengan TEMAN EP

Next Post

Nidza Afham meninggal dunia

Next Post

Nidza Afham meninggal dunia

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.