Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert Yaph dan Teman-Teman ‘hadiah’ buat peminat pada Oktober depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
July 25, 2024
in Berita
2
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH konsert yang pasti akan meninggalkan kenangan mendalam diterajui oleh salah satu artis terkemuka di bawah naungan Silent Set Entertainment iaitu YAPH pada 26 Oktober 2024 depan di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor.

Konsert Yaph dan Teman-Teman akan menyaksikan lebih dari 20 artis yang pernah berkolaborasi bersama Yaph dan akan diumumkan pada bila-bila masa.

Penyanyi, penulis lagu dan penerbit yang berumur 32 tahun itu memilih untuk tidak menunjukkan wajahnya. Dia mempunyai identiti unik di mana dia lebih suka dikenali kerana bakatnya dan bukan penampilannya.

Baca juga: Ku Percaya taruhan baharu Kat Roshan

Konsert tersebut menjanjikan lebih dari 27 lagu yang menggabungkan irama hiphop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia. Setiap lagu dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, menghidupkan semula warisan budaya yang kaya dengan elemen-elemen kontemporari yang segar.

Dalam pada itu, dengan mendapat sokongan Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn. Bhd., konsert itu adalah bukti nyata bagaimana muzik dapat menjadi jambatan yang menghubungkan generasi dan budaya.

Tujuan utama konsert tersebut diadakan adalah khas buat peminat Yaph yang sentiasa menyokong hasil karya muziknya.

“Naskah MRPHN dah berakhir. Dua tahun kebelakangan ini saya telah mengadakan dua konsert solo termasuk beberapa konsert jelajah negeri dan alhamdulillah kesemuanya full house dan kira-kira lebih 3000 pengunjung bagi kesemua konsert atau acara persembahan.

“Kali ini saya ingin bawakan teman-teman seperjuangan saya dalam menghasilkan muzik yang sudah melebihi tujuh tahun ke konsert saya sebagai tanda menghargai mereka selain mewar-warkan kepada penyokong saya yang hadir pada malam itu, mereka inilah antara peneman perjalanan muzik saya,” jelas Yaph.

Baca juga: Kim Sung Kyu bakal ‘tawan’ Zepp KL selama 2 hari pada Ogos depan

Sementara itu, Pengarah Silent Set Entertainment selaku penganjur konsert, Zulakid Aizat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Yaph.

Silent Set Entertainment juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar konsep yang sama bagi setiap siri konsert.

Selain itu, pelbagai aktiviti semasa dan sebelum konsert akan diadakan, antaranya program Adiguru peralatan muzik tradisional, bengkel penulisan puisi, bengkel penghasilan dan penulisan zine, pertandingan reka busana, dan banyak lagi yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Untuk pembelian tiket, harga tiket yang disediakan adalah Menjelang Siang (RM249), Merayu Senja (RM149) dan Hening Malam (RM99) dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Sitti KDJ di talian 017-6781969 atau emel [email protected] / [email protected]. — Arena Muzik

Previous Post

Ku Percaya taruhan baharu Kat Roshan

Next Post

Celine Dion kembali, serikan pembukaan Olimpik Paris 2024

Next Post

Celine Dion kembali, serikan pembukaan Olimpik Paris 2024

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.