Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Gabungan Alternate Records, Universal Music Malaysia luaskan pengaruh muzik di peringkat antarabangsa

waheda by waheda
July 15, 2024
in Berita
1
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

UNIVERSAL Music Malaysia berkolaborasi bersama Alternate Records bagi meluaskan pengaruh muzik mereka di peringkat domestik serantau dan global pada Jumaat. 

Kerjasama yang terjalin itu adalah satu pendekatan bagi memperkenalkan perubahan baharu dalam industri muzik tempatan bagi memenuhi cita rasa penggemar muzik.

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Kim Lim, kerjasama tersebut adalah penting dalam membina sebuah ‘rumah’ kepada bakat baharu.

“Sebagai syarikat rakaman antarabangsa, kami sentiasa percaya bahawa kerjasama dengan syarikat rakaman tempatan yang berjaya seperti Alternate Records adalah penting bagi mencungkil bakat baharu agar kepelbagaian genre muzik dapat dihasilkan. 

“la juga merupakan satu langkah yang penting dalam mengembangkan lagi industri muzik tanah air dengan menggabungkan kepakaran kedua-dua belah pihak, kami percaya yang kerjasama ini bakal meningkatkan lagi keupayaan kami dalam memahami selera tempatan dan mengukuhkan lagi komitmen kami dalam menggalakkan inovasi dan kepelbagaian dalam industri muzik,” jelasnya. 

Manakala, Pengurus Besar Kanan, Penerbitan Filem Rangkaian Televisen Media Prima Berhad, Shahila Shah Harun pula turut menyatakan kolaborasi itu adalah langkah strategik untuk meluaskan pengaruh artis tempatan selain dapat menghasilkan karya yang berkualiti tinggi serta mampu menembusi pasaran muzik.

“Alternate Records dan Universal Music mempunyai barisan artis yang berbakat dan seharusnya kami akan memberi sokongan penuh dari segi promosi, produksi, dan pengedaran. 

“Ini adalah permulaan era baharu dalam industri muzik Malaysia.

“Kolaborasi tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada artis sedia ada tetapi, ia juga membuka pintu kepada bakat-bakat baru yang mencari platform untuk menonjolkan potensi mereka,” katanya ketika Majlis tandatangan kolaborasi Alternate Records dan Universal Music Malaysia di Menara Symphony, Petaling Jaya pada Jumaat.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan nyanyian dari Rahmad Mega, Erni Zakri, Yonny Boii dan, Aqmal Ramdan. — Arena Muzik

Previous Post

Kim Sung Kyu bakal ‘tawan’ Zepp KL selama 2 hari pada Ogos depan

Next Post

Belum Mulai serlah kerjasama baik Nabila Taqiyyah, Insomniacks

Next Post

Belum Mulai serlah kerjasama baik Nabila Taqiyyah, Insomniacks

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.