Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cinta Ke Syurga taruhan terbaru Syazwan Shuhaimi

Kamilia Ali by Kamilia Ali
July 9, 2024
in Berita
1
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ARTIS yang bernaung di bawah label hiburan terkemuka tanah air iaitu Syazwan Shuhaimi tampil dengan single terbaru beliau yang berjudul “Cinta Ke Syurga” setelah lebih daripada dua tahun.

Karya terbaharunya merupakan hasil karya Aiman Sidek dan ia merupakan sebuah lagu yang menyentuh hati yang diinspirasikan dari majlis-majlis perkahwinan.

Menurut Syazwan yang kini mencecah usia 38 tahun, terdetiknya idea membuat lagu apabila mendengarkan lagu perkahwinan ketika hadir ke acar tersebut.

“Inspirasi lagu ini datang bila saya menghadiri majlis perkahwinan sama ada kawan-kawan atau saudara mara.

“Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan. Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya,” ujarnya.

Baca juga: Yonnyboii serlah sisi rock jiwang menerusi Nadi

Baca juga: B.I tepati janji gegarkan Megastar Arena, lebih 3,000 peminat hadir

Menceritakan mengenai penghasilan lagu tersebut, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman Sidek yang merupakan komposer bagi lagu yang sungguh istimewa itu.

“Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya.

“Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati,” katanya lagi.

Untuk makluman, lagu Cinta Ke Syurga telah dilancarkan pada 28 Jun 2024 dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music pada hari yang sama beserta video muziknya. — Arena Muzik

Previous Post

Yonnyboii serlah sisi rock jiwang menerusi Nadi

Next Post

Gandingan Afgan, Lyodra bakal gegar Megastar Arena pada 28 September depan

Next Post

Gandingan Afgan, Lyodra bakal gegar Megastar Arena pada 28 September depan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.