PENYANYI dan penari versatil yang menjadi ikon terkenal di dunia, LISA, akan meluncurkan single terbaharunya berjudul, “Rockstar” pada 27 Jun 2024 (Khamis).
Pranpriya Manobal atau lebih dikenali sebagai Lisa Manobal, cukup terkenal dalam tarian, nyanyian dan boleh membawa genre hip hop sebagai rapper.
Penyanyi yang berumur 27 tahun itu mula dikenali sejak menjadi ahli kumpulan wanita popular di Korea Selatan iaitu Blackpink, bersama tiga lagi anggota iaitu Jennie, Jisoo dan Rosé.
Istimewanya, LISA yang mengumumkan menerusi akaun Instagram miliknya berkenaan single yang bakal diluncurkan secara global bermula pada pukul 8.00 malam mengikut tarikh berkenaan.
Baca juga: Konsert solo pertama Joe Flizzow di Kota Singa pada 5 Julai depan
Baca juga: Nuha Bahrin terima lamaran EMI Music Malaysia
Dalam masa sama, Rockstar akan menjadi lagu solo pertama LISA yang dikeluarkan di bawah naungan kerjasama baru syarikat pengurusan LLOYD Co. dan RCA Records.
Sebelum ini, LLYOD Co. telah dilancarkan pada awal tahun ini yang ditubuhkan oleh LISA sendiri dalam usaha mewujudkan platform untuk mempamerkan visi secara keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan.
Pada awal bulan Jun, akaun TikTok milik LISA telah mencatatkan Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record) dengan memperolehi satu juta pengikut dalam masa dua jam 18 minit.
Ketika itu, LISA mengambil sedikit kesempatan masa untuk berkongsikan berkenaan single terbaharunya itu bersama peminat-peminat setia yang menyokongnya dari dahulu sehingga kini. — Arena Muzik