MAJLIS “Meet and Greet” telah berlangsung bersama ‘Mr. President’, Joe Flizzow yang bertempat di The Founders Cafe Johor Bahru pada Selasa.
Majlis tersebut mendapat sokongan stesen radio terkenal Selatan Tanah Air, BEST FM yang telah menjalankan kempen bagi menyokong usaha sama syarikat Universal Music Malaysia dan juga Def Jam Asia.
Sesi bertemu peminat dan juga acara sidang media secara eksklusif itu diadakan bagi menyokong konsert yang bakal dipersembahkan oleh Joe Flizzow tidak lama lagi di Singapura.
Menariknya, terdapat 20 orang pemenang yang telah dipilih menerusi kempen yang dijalankan di BEST FM dan mereka telah berpeluang untuk bertemu Joe Flizzow dan SonaOne di satu majlis tertutup di Johor Bahru.
Dalam sesi bertemu peminat selama 20 minit itu, Joe Flizzow telah mempersembahkan sebuah lagu khas buat peminat-peminat beliau yang bertuah.
Baca juga: Nuha Bahrin terima lamaran EMI Music Malaysia
Filloz International dan LR Asia selaku penganjur, kempen berkenaan merupakan salah sebuah inisiatif dengan kerjasama BEST FM dan juga penaja lokasi, The Founders Cafe Johor Bahru bagi mempromosikan konsert di Singapura yang bakal diadakan pada bulan hadapan.
Konsert THIS IS JOHAN, LIVE IN SINGAPORE bakal diadakan di The Star Theatre, Singapura pada 5 Julai 2024 selain, turut mengundang enam rakan-rakan artis lain bagi memeriahkan acara yang akan berlangsung selama 2 jam.
Antara artis-artis yang bakal terlibat dalam konsert itu adalah Alyph, SonaOne, Gard, Ila Damiaa, MK K-Clique dan juga Adeep Nahar, seperti konsert-konsert yang pernah dijalankan sebelum ini di Kuala Lumpur.
Konsert tersebut bakal menampilkan DJ Cza dan Joe Flizzow yang akan membawakan lebih daripada 20 buah lagu khas buat peminat muzik hip-hop di Kota Singa itu.
Dalam masa sama, konsert itu merupakan konsert solo pertama Joe Flizzow di Singapura dan apabila ditanya mengenai perasaan beliau.
Baca juga: Memori Mungkin Berulang gandingkan Siti Nordiana, Tomok
“Saya sangat teruja untuk membuat persembahan di Singapura bersama-sama pemuzik dan juga rakan artis jemputan dari Singapura dan Malaysia. Saya akan mempersembahkan beberapa buah lagu baru dari album terkini, yang belum pernah diperdengarkan di mana- mana lagi.
“Bagi saya, Singapura merupakan satu tempat yang harus ada dalam Tour This Is Johan dan saya gembira yang tour ini akan bermula di Singapura,” jelas Joe Flizzow melalui sesi promosi yang telah diadakan di Singapura pada bulan Februari 2024 yang lepas.
Harga tiket konsert This Is Johan Live in Singapore bermula dari SGD88 (RM305.75) sehingga SGD208 (RM722.69) berserta sesi “Meet n Greet” bersama Joe Flizzow.
Penaja utama bagi konsert tersebut adalah POP Motif Interior, manakala radio rasmi di Singapura adalah RIA 89.7 dan konsert itu juga mendapat sokongan daripada Mangobossku Singapura. — Arena Muzik