Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Isu royalti Rockology: Din akan beri penjelasan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 12, 2024
in Berita
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN gitar Search, Nordin Md Taib enggan mengulas panjang isu yang dibangkitkan oleh Datuk Amy berhubung royalti album Rockology : Kid’Din Collection.

Walaubagaimanapun, Nordin yang lebih dikenali sebagai Din berkata, dia akan menjelaskan perkara berkenaan selepas Konsert Gemuruh Search pada Jun nanti.

“Saya akan jelaskan semua lepas konsert Search Jun nanti,” katanya kepada Arena Muzik.

Baca juga: Anggap Din & Kid ‘pencuri’, Amy Search persoalkan royalti album Rockology

Sementara itu, BH Online melaporkan bahawa Din menganggap isu yang dibangkitkan oleh penyanyi rock kumpulan lagenda Search itu agak keterlaluan.

“Itu semua tidak betul. Mereka sudah lebih dan melampau. Jadi, atas nasihat peguam, kami akan buat sidang media.

“Saya akan jelaskan segala perkara yang mereka ungkit. Saya juga akan tunjukkan bukti perkara yang ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan,” katanya memetik laporan BH Online.

Sebelum ini, Datuk Amy telah menyuarakan perasaannya yang terkilan dengan dua bekas anggota bersama iaitu Din dan Kid yang masih didakwa berdiam diri berikutan isu royalti selepas melancarkan album Rockology Search : Kid’Din Collection Series pada tahun 2022.

Menurut Amy, mereka dianggap keterlaluan kerana menjual album tersebut tanpa perbincangan bersamanya.

Baca juga: M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan

“Saya nak tanya kepada Din dan Kid mana kami punya royalti album yang kalian jual? Itu hak anak bini saya, Nasir dan arwah Yazid.

“Mereka jual album tersebut tanpa sebarang dokumen dan tiada satu sen pun kita dapat. Sedangkan bila kami tandatangi kontrak digital, mereka dapat bahagian masing-masing.

“Banyak benda yang mereka langgar dan langsung tidak hormat kami. Mereka tahu perkara itu salah,” katanya ketika ditemui di majlis jamuan hari raya Go Search Records & Entertainment di Villa Zamara, Sungai Penchala pada Khamis.

Dalam masa sama, tindakan kedua-dua beradik itu ibarat kacang yang melupakan kulit kerana tidak mengenang jasa ketika mereka berada dalam situasi kesempitan hidup. — Arena Muzik

Previous Post

M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan

Next Post

Lebih 2,000 peminat memeriahkan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana di Zepp KL

Next Post

Lebih 2,000 peminat memeriahkan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana di Zepp KL

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.