Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kenali isi hati Amir Hasan dan RebelAsia menerusi Mona

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 9, 2024
in Berita
0
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sajian yang begitu berbeza buat pendengar setianya secara umum serta pendengar muzik.

Kini, Amir atau nama lengkapkan Amir Abu Hasan kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya iaitu RebelAsia dengan sebuah karya yang tidak kurang menarik berjudul ‘Mona’.

Hasil karya tersebut dicipta oleh Madebyartin, P4PI dan RebelAsia, selain mendapat sentuhan lirik P4PI bersama RebelAsia sendiri.

“Mona sebenarnya merupakan sebuah lagu yang mewakili mimpi-mimpi serta impian yang ingin dikecapi. Ia seolah-olah menyeru semua orang untuk tidak berputus asa walaupun hidup penuh dengan aneka dugaan dan cabaran.

Baca juga: Charli XCX sahkan khabar angin, proses lagu untuk album baharu Britney Spears

“Ia juga satu pesanan untuk sentiasa kekal merendah diri dan berbangga dengan segala kejayaan yang pernah dicapai. Ia adalah mahakarya peribadi seseorang dalam kehidupan,” ujar Amir sambil tersenyum kecil.

Selain itu, pelantun lagu Bicaramu itu berkongsi tentang durasi proses rakaman lagu hanya mengambil masa dalam sehari sahaja.

“Kami mengambil masa sehari untuk memikirkan melodi yang sesuai hinggalah tema yang ingin dilagukan dalam versi rap.

“Madebyartin berjaya menghasilkan rentak yang hebat lantas jadi saya dan RebelAsia hanya perlu mengisinya dengan kata-kata yang sesuai. Kami memasukkan bait lirik rap secara bebas atau ‘freestyle’ dan dari situ semuanya terhasil dengan sendiri,” kata Amir lagi.

Baca juga: Kat Roshan dan Meer Nash berjaya pukau lebih 2 juta penonton di China

Bukan itu sahaja, dengan berbekalkan rentak muzik yang hebat serta alunan rap yang mengasyikkan, Mona dijangka bakal mencuri perhatian peminat muzik progresif Malaysia.

Lagu Mona bakal dikeluarkan pada tarikh 10 Mei 2024, ‘Mona’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Untuk info, Amir merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage pada musim ke-3 dan pernah membawakan lagu seperti Akad oleh Payung Teduh; Donde daripada nyanyian asal Andi Bernadee dan Bicara Rasa secara duet bersama Sarah Suhairi (nyanyian asal Ariff Bahran dan Sarah Suhairi). — Arena Muzik

Previous Post

Charli XCX sahkan khabar angin, proses lagu untuk album baharu Britney Spears

Next Post

Anggap Din & Kid ‘pencuri’, Amy Search persoalkan royalti album Rockology

Next Post

Anggap Din & Kid 'pencuri', Amy Search persoalkan royalti album Rockology

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.