Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 6, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

DUKACITA dikhabarkan penyanyi veteran, Datuk Hail Amir, 76 telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur di ibu negara pada pukul 3.40 petang, Isnin selepas mengalami komplikasi paru-paru.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah mengesahkan berita pemergian penghibur yang sinomin dengan lagu, Wajah Kesayangan Hamba itu.

Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke HKL pada Sabtu selepas mengalami batuk berterusan.

Hail atau nama sebenar, Abdul Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Baca juga: M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Baca juga: Pemain dram Cromok meninggal dunia

Memetik laporan Astro Awani, rakan seperjuangan Allayarham, Datuk DJ Dave dikatakan sempat menziarahi sahabat karib beliau ketika berada di hospital pada Ahad.

“Allahyarham masih mengenali saya. Kami berdua berbual tentang perjalanan seni kami dan Allahyarham masih ingat apa yang kami lalui sebagai anak seni,” kata DJ Dave, yang merupakan Presiden Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Ampang untuk disembahyangkan.

Mengenang trilogi, Allahyarham dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara di ibu negara pada 2022. — Arena Muzik

Previous Post

Konsert solo pertama B.I, sedia ‘HYPE UP’ bersama peminat Malaysia pada Jun depan

Next Post

Kat Roshan dan Meer Nash berjaya pukau lebih 2 juta penonton di China

Next Post

Kat Roshan dan Meer Nash berjaya pukau lebih 2 juta penonton di China

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.