KEPUTUSAN pengunduran Syasya Rizal daripada kumpulan Dolla tidak membatalkan mana-mana kontrak bersama Universal Music Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, kontrak bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, masih tidak terbatal kerana kesemua ahli anggota Dolla mengikat kontrak secara individu dan rasmi.
“Secara rasminya, Syasya masih berada di bawah naungan Universal Music Malaysia kerana kesemua anggota mengikat kontrak secara individu dan kemudian baru Dolla ditubuhkan.
Baca juga: Voice of Men kembali bersinar dengan Biarku Pergi
“Oleh kerana itu, apa-apa keputusan yang ingin dibuat dan dikongsikan, mereka perlu beritahu pihak label mereka secara individu. Sama juga seperti Syasya yang datang kepada kami dan membuat keputusan pengundurannya,” katanya kepada Malaysia Bangkit.
Kim Lim berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia Bersama Samsung yang diadakan pada Rabu.
Tambah Kim Lim, sebarang kebarangkalian untuk Syasya kembali sebagai penyanyi solo adalah diluar keputusannya kerana buat masa sekarang, dia hanya hormat dengan keputusan yang dibuat oleh Syasya.
Baca juga: Bukan Hazama tapi Amir Masdi ganti Denden
“Perkara tersebut kami tidak pasti lagi, tetapi, buat masa sekarang dia mahu berhenti seketika jadi kami menghormati keputusannya,” katanya lagi.
Pada 8 April 2024, berita pengunduran diri Syasya daripada kumpulan Dolla, M-pop Malaysia mengejutkan ramai pihak lebih-lebih lagi kepada peminat setia yang menyokong mereka sejak tahun 2019 ditubuhkan.
Selain itu, peminat dikejutkan pula dengan berita pernikahan Syasya yang berlangsung pada Ahad lalu dengan jejaka pilihan hatinya. — Arena Muzik