Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kat Roshan tampil kelembutan menerusi Cinta Putih

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 20, 2024
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kejayaan peribadinya tahun lalu hasil kerjasama dengan bintang Korea, Su Jin menerusi lagu ‘Going Crazy Wild’, bintang asal Malaysia yang sedang mencipta nama, Kat Roshan kembali dengan sebuah lagi buah tangan muzikal indah berjudul, Cinta Putih.

Kat melancarkan balada indah ‘Cinta Putih’ yang ditulis oleh komposer dan penerbit terkenal Indonesia, Chossy Pratama. Dia pernah bekerjsama buat pertama kali dengan Chossy adalah pada 13 tahun lalu.

“Lagu dan liriknya menggerakkan banyak emosi dalam diri saya sama seperti lagu baharu ini, ‘Cinta Putih’,” ujarnya sambil tersenyum simpul.

Baca juga: Aqeesh Aleeya luah kecewa dengan Lelah

Tambahnya, lagu tersebut membawa erti cinta yang murni dan suci dan Kat bebas mentafsirkan itu mengikut perasaan serta emosi kerana ia akan terserlah apabila mendendangkannya.

“Semasa saya merakamkan demo itu, saya terharu dengan melodi dan liriknya. Saya berasa dihargai kerana terdapat begitu banyak
cinta yang mengelilingi saya dan saya menyedari betapa banyak cinta juga yang ada dalam diri saya,” jelasnya.

Seterusnya, video lirik dan muzik pula dihasilkan oleh Nor Mikhail, yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam video muzik terdahulu lagunya iaitu, “One Day From Today”.

Baca juga: Denden keluar Search, Hazama ganti?

Kat Roshan berharap pendengar akan terharu dengan emosi cinta yang kuat dalam lagu ini dan dapat menyalurkan rasa positif ini dalam kehidupan seharian mereka.

Cinta Putih boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 16 April 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia pada 16 April 2024. — Arena Muzik

Previous Post

Aqeesh Aleeya luah kecewa dengan Lelah

Next Post

Taylor Swift catat album paling laris tahun 2024

Next Post

Taylor Swift catat album paling laris tahun 2024

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.