Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Noryn Aziz keluar dari zon selesa, luah emosi menerusi Kertas

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 17, 2024
in Berita
0
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Noryn Aziz, membuat keputusan yang membawa perubahan besar dalam kerjaya nyanyiannya dengan melancarkan single baru berjudul Kertas.

Noryn yang sebelum ini lebih dikenali sebagai penyanyi genre jazz, R&B dan soul Malaysia, tampil dengan kelainan dengan merakamkan lagu pop balada Melayu.

Kebolehan nyanyian Noryn atau nama sebenar, Norazmahwati Abdul Aziz, 48, merakamkan lagu pop balada Melayu itu membuka jalan baharu untuk kembali mengharumkan namanya di gelanggang seni.

Karya ciptaan komposer terkenal, Amylea Azizan, bukan hanya dapat mencabar kemampuan Noryn sebagai seorang penyanyi, malah, mengubah genre muzik yang sering dibawanya.

“Lagu Kertas mencabar diri kerana saya cuba melakukan perubahan, sesuatu yang saya agak gerun adalah jika saya tidak dapat lakukannya dengan baik.

Baca juga: Funeral for a friend/Love Lies Bleeding versi Metallica

Baca juga: Scarlet 2: Claude Frollo sentuhan eksklusif Doja Cat 

“Buat julung kalinya saya menyanyikan lagu dengan genre pop balada Melayu. Dari segi vokal sememangnya berlainan kerana kali ini saya perlu bawakan lagu yang bernada tinggi dengan teknik vokal berlainan,” ujar Noryn sambil tersenyum.

Lebih menariknya, lagu Kertas juga merupakan karya cemerlang Amylea secara tidak langsung kerjasama tersebut bukan semata-mata bergantung kepada Noryn sahaja.

Noryn menjelaskan tentang cerita disebalik lagu Kertas yang menzahirkan jeritan batin seorang manusia yang pasrah kepada Allah selain, melodi yang meruntun jiwa dan memiliki satu emosi berat mengenai kesedihan serta dugaan takdir kehidupan.

Untuk info, Noryn berpeluang menyanyikan lagu Kertas umpana bonus buat dirinya kerana lagu tersebut menjadi runut bunyi bagi drama bersiri berjudul Khunsa, sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin yang kini ditayangkan di Astro. — Arena Muzik

Previous Post

Funeral for a friend/Love Lies Bleeding versi Metallica

Next Post

Primrose Hill kisah gabungan generasi penerus The Beatles

Next Post

Primrose Hill kisah gabungan generasi penerus The Beatles

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.