Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ge-Nies ‘produk’ sulung Chuang Asia Thailand

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 15, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PEMENANG rancangan realiti, Chuang Asia Thailand yang telah diadakan sejak bulan Februari lalu berjaya mengumpul sembilan peserta bagi membentuk satu kumpulan penyanyi wanita diberi nama Genies (Ge-Nies).

Rancangan hiburan itu telah memberikan sensasi di peringkat antarabangsa dan baru-baru ini persembahan sembilan ahli terdiri daripada Qiao Yi Yu, Ruan, Pai Liu, Jean, Ellyn, Wang Ke, Xueyao, Did dan Emma kini bersedia untuk debut mereka sebagai satu kumpulan.

Baca juga: Sia bakal lancar album solo baharu Mei depan

Menariknya, Jackson Wang selaku mentor utama serta pengeluar bersama Chuang Asia turut menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang menggalas tanggungjawab tersebut sekali gus merealisasikan impian Chuang Asia musim pertama di Thailand.

“Niat kami adalah untuk memperluaskan peluang dan menyokong bakat yang bercita-cita tinggi untuk mengejar impian mereka. Sama ada persembahan mereka baik atau buruk, ia tidak begitu penting.

“Persembahan mereka sepanjang rancangan ini berlangsung bukan kesimpulan akhir bagi potensi sebenar mereka. Saya amat berharap mereka semua mendapat banyak pengalaman tidak mengira soal pemikiran, inspirasi dan membina kenangan bersama yang amat bermakna.

“Saya juga percaya bahawa semua ini boleh menjadi langkah pertama kejayaan ke peringkat antarabangsa serta satu pengalaman yang sangat membantu untuk membangunkan diri sendiri,” katanya sambil tersenyum bangga.

Baca juga: Kolaborasi Dynamicduo, J-Hope dan RM BTS menuai hasil

Seterusnya, barisan mentor yang lain turut terdiri daripada idola yang terkenal di persada dunia iaitu Mike Angelo, penyanyi Jeff Satur yang terkenal dengan suara yang unik, artis Pop Korea (K-Pop) Ten dan satu-satunya mentor wanita iaitu Nene.

Untuk info, Chuang Asia Thailand merupakan edisi Asia yang pertama diadakan dengan sokongan pengeluaran bertaraf dunia dan pembangunan bakat dari rakan kongsi seperti Have Fun Media, RYCE Entertainment, one31, GMMTV dan 411 Entertainment menerusi anak syarikatnya 4venture. — Arena Muzik

Previous Post

Sia bakal lancar album solo baharu Mei depan

Next Post

Funeral for a friend/Love Lies Bleeding versi Metallica

Next Post

Funeral for a friend/Love Lies Bleeding versi Metallica

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.