Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Simbolik hargai saat indah, Take Me Back jadi ‘senjata’ baharu Kee

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 8, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ARTIS hijau yang berbakat besar muncul dengan singke baharu berjudul, Take Me Back dengan memiliki inti pati nostalgia dan kenangan yang mendalam khas buat peminat.

Karya tersebut merakamkan saat-saat manis dan indah yang dikongsi bersama seseorang yang istimewa serta menjemput pendengar untuk memulakan perjalanan emosi menelusuri kenangan masa lalu.

“Lagu ini mengisahkan tentang detik-detik manis saat bersama seseorang yang istimewa. Setiap kali mendengar lagu ini, berasa seperti ia membawa saya kembali ke zaman di mana emosinya sama seperti projek lagu ini,” kata Kee jelas teruja.

Take Me Back bukan sahaja mempamerkan lirik yang tulus hati tetapi juga peningkatan yang luar biasa dengan kebolehannya dalam nyanyian. Komitmen terhadap kecemerlangan vokal terserlah, menjadikan penyampaian lagu sebagai bukti dedikasi dan semangat Kee untuk ekspresi muzik.

Baca juga: Cinta Tak Mungkin taruhan baharu Siti Nurhaliza

“Saya telah meluangkan banyak masa dalam memastikan semuanya berjalan lancar sehingga rakaman. Untuk lagu ini, saya terpaksa mengambil latihan vokal untuk hampir dua bulan bagi meningkatkan kemahiran vokal saya dan secara keseluruhannya, saya amat gembira sekali dengan hasilnya,” tambahnya lagi sambil tersenyum.

Walaupun lagu Take Me Back memberikan cabaran yang hebat kerana julat vokal asalnya berada di luar zon selesa, Kee dengan dorongan dan kepercayaan orang-orang rapat di sekelilingnya terutamanya wakil syarikat rakaman, dia memulakan perjalanan transformasi melalui kelas vokal.

Hasil gubahan Omar K dan Dari, terus menawan hati Kee sekali gus melodi lagu tersebut membuatkan Kee menganggap lagu tersebut sungguh istimewa.

Baca juga: Ernie Zakri meriahkan Aidilfitri dengan HAHAHAHAHari Raya

Tambah Kee, dia berharap bahawa lagu itu mampu benar-benar menusuk hati pendengar dan lantas mengingati tentang masa-masa indah, kenangan cinta yang sangat manis dan suci.

Untuk info, Kee merupakan bintang TikTok Malaysia yang terkenal dengan reaksi komedi dan video tariannya. Dia mempunyai lebih daripada 6 juta pengikut dan 259 juta suka. — Arena Muzik

Previous Post

Kolaborasi Dynamicduo, J-Hope dan RM BTS menuai hasil

Next Post

Dua Lipa kongsi foto single baharu berjudul Illusion

Next Post

Dua Lipa kongsi foto single baharu berjudul Illusion

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.