Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kolaborasi Dynamicduo, J-Hope dan RM BTS menuai hasil

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 7, 2024
in Berita
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, kumpulan Dynamicduo berasal dari Korea Selatan meraikan dengan kolaborasi bersama J-Hope dan RM kumpulan popular, BTS.

Dynamicduo mempunyai ahli anggota terdiri daripada Choiza dan Gaeko mencapai kata sepakat dan mencecah puncak kreatif dalam genre nyanyian mereka mengikut arus perdana demi meraikan pencapaian sepanjang 20 tahun bergelar artis hip hop Korea.

Album yang mempunyai tiga bahagian yang berjudul 2 Kids on the Block, secara rasmi diluncurkan pada 28 Mac lalu dengan trek baharu menjadi bukti dokumentasi perjalanan dan perkembangan karier seni mereka.

Baca juga: Dilemma bukti kebangkitan Kaka Azraff

Sehari selepas album tersebu dikeluarkan , projek solo terbaru J-Hope iaitu Hope on The Street Vol.1 sebagai pembukaan, menampilkan kolaborasi Gaeko dalam single berjudul Neuron.

Di samping kerjasama J-Hope, Dynamicduo menonjolkan pengaruh yag berterusan kepada peminat genre pop Korea, R&B dan Hip Hop berkeupayaan untuk menavigasi industri muzik selama beberapa dekad.

Baca juga: IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Sekadar info, Dynamicduo ditubuhkan sejak 2004 dengan album debut pertama berjudul, Taxi Driver, berjaya melakar sejarah selepas menetapkan rekod jualan tertinggi dalam kategori hip hop Korea.

Berdasarkan kejayaan tersebut, mereka telah menubuhkan label rakaman Amoeba Culture dan banyak bekerjasama dengan pelbagai bintang popular seperti DJ Premier, Jay Park, Tiger Jk, BoA, Rain, Wonder Girls dan ahli kumpulan K-pop seperti BTS, EXO dan Monsta X. — Arena Muzik

Previous Post

Dilemma bukti kebangkitan Kaka Azraff

Next Post

Simbolik hargai saat indah, Take Me Back jadi ‘senjata’ baharu Kee

Next Post

Simbolik hargai saat indah, Take Me Back jadi 'senjata' baharu Kee

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.