Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Dilemma bukti kebangkitan Kaka Azraff

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 6, 2024
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TERKENAL dengan genre Pop dan R&B, Kaka Azraff atau nama sebenar Noor Atiqa Noor Azraff kembali dengan lagu baharu berjudul Dilemma.

Kehadiran single tersebut secara tidak langsung menjadi bukti kepada kebangkitannya meneruskan kerjaya nyanyian.

Penyanyi berusia 35 tahun itu menghadiahkan buah tangan itu sebagai hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong kerjaya nyanyiannya.

Baca juga: Cinta Tak Mungkin taruhan baharu Siti Nurhaliza

Menerusi lagu tersebut, Dilemma menjelaskan tentang perasaan seseorang yang dihimpit oleh tekanan hidup. Hal ini bakal memberi kesan memukau kepada pendengar dengan melodi yang mendayu dan lirik yang menyentuh jiwa.

“Perasaan pada ketika itu bercampur baur kerana genre kali ini berlainan dengan karya-karya saya yang lain. Tetapi dengan bantuan Farouk Roman, yang merupakan komposer dan produser lagu Dilemma, berjaya membentuk vokal dan meneroka suara saya dengan genre ballad.

“Ia menimbulkan perasaan teruja, gementar, dan gembira dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, ia memudahkan saya untuk menyampaikan emosi melalui liriknya,” jelas Kaka.

Selain itu, Dilemma merupakan satu sajian dan pengalaman yang baharu buat peminat pelantun lagu Bawaku Pergi yang sudah menjadi pilihan halwa telinga dengan genre pop dan R&B.

Baca juga: Ernie Zakri meriahkan Aidilfitri dengan HAHAHAHAHari Raya

“Semestinya saya begitu teruja untuk Dilemma kerana kali ini peminat saya dapat mendengar lagu saya dari sisi yang lain, harapan saya supaya pendengar akan sukakan lagu ini,” jelasnya dengan penuh semangat.

Sekadar info, Dilemma merupakan runut bunyi (OST) untuk drama Racun Rihanna tayangan TV3.

Drama tersebut dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat antaranya Intan Najuwa, Rita Rudaini, Jasmine Suraya, dan ramai lagi. — Arena Muzik

Previous Post

Cinta Tak Mungkin taruhan baharu Siti Nurhaliza

Next Post

Kolaborasi Dynamicduo, J-Hope dan RM BTS menuai hasil

Next Post

Kolaborasi Dynamicduo, J-Hope dan RM BTS menuai hasil

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.