Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

The Gadys ungkap perasaan tak dapat balik kampung dalam Cuti Raya

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 1, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEMERIAHAN dan kegembiraan sambutan hari raya menggamit memori dengan rangkaian lagu raya lama yang penuh dengan nostalgia. Namun, itu tidak bermakna kita harus lupakan karya baharu yang turut memiliki tarikan tersendiri.

Tidak ketinggalan, kumpulan penyanyi wanita yang hangat diperkatakan baru-baru ini, The Gadys turut tampil dengan lagu raya mereka bertajuk Cuti Raya.

Bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, lagu itu dianggap sangat dekat dengan kehidupan harian masyarakat yang bekerja pada musim perayaan.

Lagu Cuti Raya diciptakan oleh Ja’a, Mage, Glowrush dan Adib Hussin.

Baca juga: Kongsi gambar suntingan lagu, Lady Gaga dikatakan bakal lancar single baharu

Bagi The Gadys yang dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamera Chan, mereka saling menginginkan karya tersebut menjadi antara lagu raya paling diminati pada tahun ini seterusnya kekal evergreen.

“Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja.

“Ianya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie sambil tersenyum.

Baca juga: Kebesaran Al-Quran semarak rasa cintakan kalam Allah

Sementara itu, Thamiera berkata, lagu Cuti Raya ni sangat kena untuk orang yang bekerja dan tidak mendapat cuti pada sambutan hari raya ini.

“Mereka yang merantau dan perlu bekerja pada sambutan hari raya amat sesuai untuk mendapat lagu ini. Liriknya boleh dikaitkan dengan mereka yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga kerana terikat dengan tuntutan tanggungjawab,” katanya. — Arena Muzik

Previous Post

In Your Hands taruhan Halle Bailey dominasi carta muzik R&B

Next Post

Aisha Retno, Aziz Harun beraya bersama dalam Ketipak Ketipung Raya

Next Post

Aisha Retno, Aziz Harun beraya bersama dalam Ketipak Ketipung Raya

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.