Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

In Your Hands taruhan Halle Bailey dominasi carta muzik R&B

Arena Muzik by Arena Muzik
March 31, 2024
in Berita
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS berjaya menerusi debut solo sulung berjudul Angel, penyanyi yang namanya sedang meningkat naik, Halle Bailey hadir dengan buah tangan baharu bertajuk in Your Hands. 

Diterbitkan oleh penerbit tersohor, Dem Jointz yang terkenal dengan karya muzik balada menjadi tulang belakang buat penerbitan album penuh Bailey pada tahun ini. 

“Angel sebelum ini telah membuktikan kemampuannya dalam industri, jadi ‘Hands’ ini pula menjadi satu tanda aras baharu buat dirinya,” katanya. 

Baca juga: Farisha Iris, Cherpen bersatu dalam Rasa

Dalam pada itu, lagu tersebut berjaya mendapat tempat ketiga dalam carta Billboards bagi genre R&B. Ketika awal dilancarkan sekitar pertengahan Mac lalu, lagu tersebut berjaya berada di tempat ke-14. 

Sebagai pendatang baharu, Bailey mengharapkan agar album solo pertamanya itu dapat mengembangkan lagi bakat nyanyianya agar seiring dengan kerjaya lakonan. 

Bintang filem The Little Mermaid itu turut menjadikan lagu tersebut sebagai medan luahan untuk dia berkongsikan tentang sisi peribadinya kepada peminat. 

Baca juga: Penampilan pertama ONEUS di Malaysia pada Mei depan

Dihasilkan oleh Feli Ferraro dan Bailey sendiri, lagu tersebut menceritakan tentang perasaan sayang dan kebahagiaan terhadap pasangan, sementelah dia sendiri baru sahaja bergelar ibu pada 6 Januari lalu. 

“Walaupun kita sudah beberapa hari memasuki tahun baharu, perkara terhebat yang rasakan pada 2023 boleh lakukan telah mengubah saya. 

“Perkara itu sehinggalah kepada kehadiran bayi lelaki saya pada awal 2024. Selamat datang ke dunia,” katanya. 

Untuk rekod, Bailey memulakan kerjaya seninya sejak berusia 3 tahun dan telah membintangi beberapa rancangan televisyen terbitan Disney antara Let It Shine, Austin & Ally dan The Disney Family Singalong: Volume II. — Arena Muzik

Tags: angelHalle BaileyIn Your Hands
Previous Post

Kongsi gambar suntingan lagu, Lady Gaga dikatakan bakal lancar single baharu

Next Post

The Gadys ungkap perasaan tak dapat balik kampung dalam Cuti Raya

Next Post

The Gadys ungkap perasaan tak dapat balik kampung dalam Cuti Raya

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.