PENYANYI yang terkenal dengan imej menonjol dan unik, Lady Gaga baharu sahaja melancarkan single baharu, sekali gus mencetuskan ‘keghairahan’ dalam kalangan peminat setia muziknya.
Bintang dengan pemilik nama lengkap, Stefani Joanne Angelina Germanotta itu turut berkongsi satu foto yang menunjukkan gelombang audio di Instagram pada 21 Mac lalu. Tindakannya itu secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya sama ada penyanyi berusia 38 tahun itu bakal menghasilkan lagu baharu tidak lama lagi.
Baca juga: Farisha Iris, Cherpen bersatu dalam Rasa
Namun, Gaga masih belum mengesahkan tentang sebarang maklumat lanjut mengenai tindakannya itu.
Perkongsian yang begitu memberi keterujaan buat peminat yang mengharapkan muzik baru sejak album terakhir Gaga, Chromatica pada tahun 2020.
Bagaimanapun, Gaga telah membuat keputusan untuk menghabiskan tiga tahun terakhir untuk melakukan perkara yang digemarinya, selain memberi fokus kepada jenama alat solek, Haus Labs yang dilancarkan baru-baru ini.
Baca juga: Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh
Terdahulu, pelantun lagu Bad Romance itu mengumumkan bahawa dia akan kembali ke panggung di Dolby Live Theatre di Park MGM, Las Vegas, untuk lapan pertunjukan antara 19 Jun dan 6 Julai 2024.
Malah, pertunjukan Jazz dan Piano terbarunya adalah pada bulan Oktober depan dan sejak itu dia telah membuat persembahan peribadi di Fontainebleau di Vegas bulan lalu, serta pertunjukan Fortnite: Battle Royale semasa Festival Fortnite 2024 pada 22 Februari 2024. — Arena Muzik