Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kebesaran Al-Quran semarak rasa cintakan kalam Allah

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
March 28, 2024
in Berita
0
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

AMALAN membaca Al-Quran bukan sekadar dapat menambah keimanan dan manfaat pahala di bulan Ramadan, tetapi ia juga kalam Allah yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat Islam. 

Bahkan kesucian ayat Al-Quran juga menyimpan 1,001 kebaikan jika dijadikan amalan dalam memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat. 

Justeru, sempana kehadiran sambutan Nuzul Quran, tidak menjadi salah sekiranya memperbanyakkan bacaan Al-Quran di samping menjalani ibadah puasa. 

Baca juga: Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh

Keindahan dan kemanisan Al-Quran turut diceritakan dalam lagu Kebesaran Al-Quran nyanyian kumpulan In-Team.

Lagu tersebut yang dilancarkan sekitar awal 2000 itu meneritakan tentang fungsi Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk jalan dalam mencari reda Ilahi. 

Single Kebesaran Al-Quran dimuatkan dalam album In-Team bertajuk Kasih kekasih. Lagu tersebut dihasilkan oleh Hasnol Hadi bersama Ito Lara. 

Sekadar info, In-Team merupakan antara kumpulan nasyid popular awal 2000-an dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Sehingga kini nama kumpulan tersebut tetap kekal dalam ingatan peminat muzik ketuhanan.

Baca juga: Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Pada 2000, In-Team telah melahirkan album studio pertama iaitu Kasih Kekasih terbitan Hijjaz Music Entertainment dan edaran NAR Records.

Album tersebut berjaya mengharumkan nama In-Team dalam industri muzik tanah air apabila single pertama mereka, Kasih Kekasih mula mendapat tempat di hati peminat.

Populariti lagu tersebut telah melonjakkan jualan album berkenaan sehingga mencecah 80,000 unit. Kejayaan itu melayakkan mereka untuk mendapat anugerah platinum daripada Hijjaz Records. — Arena Muzik

Tags: in teamkebesaran al quran
Previous Post

Kronologi cinta Radi dalam Falling For You

Next Post

Farisha Iris, Cherpen bersatu dalam Rasa

Next Post

Farisha Iris, Cherpen bersatu dalam Rasa

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.