Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kronologi cinta Radi dalam Falling For You

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 28, 2024
in Berita
0
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN sekadar dikenali sebagai adik kepada penyanyi terkenal, Aisha Retno, Radi turut mempunyai bakat tersendiri sebagai seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu,

Lagu Falling For You menjadi karya bertaraf antarabangsa yang dihasilkannya, sekali gus berjaya menuai perhatian dari beberapa negara Asia seperti Indonesia, Taiwan dan Vietnam.

Dihasilkan dalam bahasa Inggeris, lagu tersebut mengetengahkan elemen kebahagiaan dan kegembiraan seiring dengan dengan perasaan Radi sendiri.

Baca juga: Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh

Mesej yang diberikan menerusi lagu itu tentang peralihan terhadap kisah daripada hubungan yang tidak pasti kemudian beralih kepada pengesahan dan lebih menyakinkan.

Menurut Radi, lagu tersebut merupakan kesinambungan kisah daripada lagu Maybe? seperti seseorang yang tidak mempunyai kepastian memainkan emosi yang mendalam lantas kini, Radi lebih yakin tentang status hubungan istimewa tersebut.

Baca juga: Kembara Nabawi jadi sentuhan rohani Aina Abdul

Pelantun lagu Heaven itu turut menerima sokongan yang baik daripada Zain dan Kenny Macartney dalam memastikan peralihan yang lancar dari konsepsi ke realisasi untuk menjayakan lagu itu.

“Tahun lalu demo lagu ini telah berjaya disiapkan dan beberapa penelitian terhadap komposisi dan memberi kepercayaan kepada produser yang merupakan rakan kerjanya, Zain.

“Tidak ketinggalan seorang produser yang juga pakar dalam muzik, Kenny Macartney yang bersama-sama menyiapkan karya yang bakal mengegar dunia,” jelasnya.

Sementara itu, Radi berharap kepada pendengar dan peminat untuk terus memberi sokongan yang jitu dengan menjadikan Falling For You sebagai punca kebahagiaan hidup semua.

Pada tahun 2023, Radi dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengeluarkan beberapa single seperti Maybe?, Summer Night, Heaven, Summer Vibe dan Like You. — Arena Muzik

Previous Post

Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh

Next Post

Kebesaran Al-Quran semarak rasa cintakan kalam Allah

Next Post

Kebesaran Al-Quran semarak rasa cintakan kalam Allah

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.