NAMA Adrianna Cinta hangat diperkatakan selepas lagu nyanyiannya dipilih sebagai runut bunyi bagi drama rantaian, Malang Si Puteri yang bersiaran di saluran Astro Ria.
Tidak dinafikan, kelebihan itu menjadi batu loncatan buat dirinya untuk melebarkan sayap dalam industri hiburan tanah air sekali gus bersaing dengan barisan bintang baharu lain.
Setelah kerjayanya mencetus fenomena di saluran TikTok dan melancarkan single Cinta Berlalu pada tahun lalu serta buat julung kalinya Adrianna mengambil peluang dalam menghasilkan lirik untuk runut bunyi rasmi (OST) untuk dirinya.
Menarik lagi, dia juga dapat menghasilkan karya bersama artis nombor satu Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin dan Meiska Adinda iaitu penyanyi dari Indonesia.
Baca juga: Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind
Selain itu, pelantun berumur 21 tahun itu dapat bekerjasama dengan Farouk Roman, yang merupakan komposer lagu Jauh serta memberi kepercayaan kepada Adrianna dalam menghasilkan runut bunyi drama berkenaan.
“Saya sangat teruja apabila mendapat tawaran ini dengan waktu yang tepat. Kepercayaan daripada Syarikat Rakaman Sony Music Entertaiment Malaysia dan komposer terkenal, Farouk Roman, memberi peluang untuk saya memperluaskan bakat saya dalam bidang ini, teruatamanya dalam menghasilkan runut bunyi rasmi drama Malang Si Puteri,” ungkap Adrianna tersenyum lebar.
Baca juga: Kembara Nabawi jadi sentuhan rohani Aina Abdul
Lagu Jauh menceritakan tentang seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati.
Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada. — Arena Muzik