Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 24, 2024
in Berita
0
11
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

INSPIRASI secara spontan daripada penyanyi dan penulis lagu, Aini Mazalan menerokai satu konsep baharu dalam lagu barunya Outta My Mind.

Hasil karya yang dicipta sendiri oleh Aini melonjakkan namanya dalam industri nyanyian sekali gus menonjolkan bakat luar biasanya dengan kerjasama syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia, berjaya menyiapkan Outta My Mind dalam masa singkat.

Aini turut menjelaskan tentang lagu barunya itu dan dia mengambil masa sehari sahaja untuk menyiapkan keseluruhan lagu tersebut serta berterima kasih mendapat peluang berkolaborasi bersama produser berbakat, Thodappakuchi.

“Lagu Outta My Mind mengisahkan tentang pengambilan langkah kehadapan dalam perhubungan yang belum pasti ada masa depan yang jelas. Saya juga teruja dan berterima kasih mendapat bantuan daripada produser, Thodappakuchi.

Baca juga: Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Baca juga: Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

“Saya menulis lagu inidalam satu malam sahaja, dan ia tidak berkait dengan kehidupan peribadi saya pun dan saya hanya mencipta lirik secara rawak agar ia bersesuaian dengan melodi,” jelasnya.

Dalam masa sama, teknik falsetto dan whispers banyak digunakan dalam lagu itu secara tidak langsung memberikan aura yang unik buat peminat yang mendengarkannya.

Walaupun lagu tersebut bertemakan patah hati, namun, cara penyampaiannya agak berbeza dengan mempunyai unsur melodi pop, tetapi masih mengekalkan maksud dan objektif asal.

Pelantun lagu Not Your Fault itu, membuat langkah berani dalam menerokai konsep baru berbanding karyanya yang sebelum ini.— Arena Muzik

Previous Post

Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Next Post

Kembara Nabawi jadi sentuhan rohani Aina Abdul

Next Post

Kembara Nabawi jadi sentuhan rohani Aina Abdul

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.