Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Arena Muzik by Arena Muzik
March 23, 2024
in Berita
0
23
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI antarabangsa, Willow Smith melancarkan single baharu bertajuk Symptom Of Life. Tidak hanya lagu, malah Smith turut melancarkan muzik video lagu tersebut yang diarahkan oleh dirinya sendiri.

Khabar gembira buat peminatnya itu dikongsikan di Instagram yang menceritakan tentang optimis kesungguhan menghasilkan lagu tersebut.

Menerusi tangkap layar teks yang dimuat naik di platform digital itu, Smith mengetengahkan konsep esoterisme yang membawa sifat pengetahuan difahami oleh sekumpulan kecil.

Baca juga: Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

“Seluruh rahsia esoterisme terletak pada mengawal minda dan dalam bekerja dengannya sebagai seorang artis yang bekerja pada kanvas menghasilkan apa sahaja yang disukai.

“Apabila kita dapat menghasilkan dengan sepenuh hati, kita itu semua yang kita inginkan,” katanya.

Lagu baharunya itu mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat yang berpendapat bahawa karya tersebut menggambarkan kerja keras anak kepada pasangan selebriti Will Smith dan Jada Pinkett Smith.

Baca juga: Penampilan pertama ONEUS di Malaysia pada Mei depan

Malah, kedua orang tuanya juga memberikan sokongan padu buat dia dan mengharapkan agar lagu tersebut menjadi langkah ’emas’ buatnya meneruskan kerja dalam bidang seni.

Smith mendedikasikan muzik video lagu tersebut buat mereka yang mencintai keindahan alam semula jadi.

“Menikmati keindahan alam semula jadi bersama rakan-rakan, keluarga atau insan tersayang membuatkan kita lebih mendalami tentang asimilasi kehidupan dan tumbuhan,” katanya memetik laporan Hola.com.— Arena Muzik

Tags: Symptom Of LifeWillow Smith
Previous Post

Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

Next Post

Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Next Post

Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.