Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 22, 2024
in Berita
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI muda yang berasal dari Bali, Indonesia, Meiska Adinda mengakui teruja apabila karya hasil ciptaannya bertajuk Dursila, diangkat sebagai runut bunyi bagi lagu drama Malang Si Puteri.

Karya terbitan rumah produksi Malaysia itu secara tidak langsung menjadi simbolik kepada kemampuan dan kebolehan penyanyi berusia 20 tahun itu untuk mengembangkan bakat dalam industri hiburan.

Lagu yang dihasilkan oleh komposer, Farouk Roman itu sementara liriknya nukilan Adriana Cinta, menceritakan tentang luahan perasaan mendalam terhadap harapan dalam membina hubungan percintaan.

“Awalnya, saya merasakan lagu ini begitu berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam dan serta memerlukan penghayatan yang baik.

“Bagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar kerana sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal yang dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi. Terima kasih kepadanya yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini,” katanya.

Baca juga: Salma Salsabil ungkap rasa rindu menerusi Rumah

Baca juga: Alhamdulillah It’s Ramadan simbolik kesyukuran Farhana Ali rai bulan mulia

Tambah Meiska yang berumur 20 tahun, Dursila menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

“Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan emosi seseorang yang derita dalam sebuh perhubungan itu. Saya harap lagu ini boleh menghiburkan kalian dan mampu memberi pengajaran kepada semua,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Meiska terlebih dahulu mencipta nama menerusi lagu Hilang Tanpa Bilang mula mempamerkan minat mendalam terhadap muzik sejak di usia muda selain merupakan bekas peserta The Voice Kids Indonesia musin ketiga.

Untuk info, lagu Hilang Tanpa Bilang yang merupakan debut sulungnya berjaya mencatat kejayaan Anugerah Platinum hasil jualan strim di saluran digital. — Arena Muzik

Previous Post

Salma Salsabil ungkap rasa rindu menerusi Rumah

Next Post

Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Next Post

Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.