Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Salma Salsabil ungkap rasa rindu menerusi Rumah

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 21, 2024
in Berita
0
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang namanya semakin meningkat naik, Salma Salsabil muncul dengan dengan single baharu bertajuk Rumah yang merupakan hasil ciptaannya sendiri.

Lagu yang diterbitkan oleh Universal Music Indonesia itu menceritakan tentang bagaimana dirinya merindukan rumah dan keluarga kerana berada jauh dari mereka demi meraih impiannya sebagai seorang penyanyi.

“Melalui lagu ini, saya ingin menyampaikan bahawa rumah bukan selalu tentang tempat. Rumah bisa jadi mereka yang menerima dan mencintai kita apa adanya, sehingga ketika bersama mereka kita bisa jadi diri kita sendiri.

“Jadi, meskipun di lagu ini rumah versi saya adalah orang tua dan keluarga, saya yakin semua pendengar di luar sana punya rumah versi mereka sendiri. Bisa jadi teman atau pasangan,” ujar Salma menjelaskan makna lagu itu.

Baca juga: Alhamdulillah It’s Ramadan simbolik kesyukuran Farhana Ali rai bulan mulia

Baca juga: Penampilan pertama ONEUS di Malaysia pada Mei depan

Meskipun tidak termasuk di dalam kategori lagu Islamik, lagunya itu menjadi lagu yang amat sesuai dengan suasana menjelang Ramadan kerana lagu yang berunsur keluarga dan seseorang yang merindui rumahnya.

Susunan minimalis memang sengaja disajikan oleh Salma buat peminat kerana ingin memberikan rasa yang mendalam terhadap pesan dalam tiap bait lirik lagunya itu dan sekali gus pemilihan kata juga mudah untuk difahami.

Harapan Salma agar lagu itu membuatkan semua pendengar rindu dengan rumah masing-masing serta single Rumah boleh didengarkan di semua platform muzik digital. — Arena Muzik

Previous Post

Alhamdulillah It’s Ramadan simbolik kesyukuran Farhana Ali rai bulan mulia

Next Post

Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

Next Post

Dursila nyanyian Meiska Adinda jadi runut bunyi Malang Si Puteri

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.