Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Alhamdulillah It’s Ramadan simbolik kesyukuran Farhana Ali rai bulan mulia

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 20, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

VOKALIS yang berbakat berasal dari United Kingdom (UK), Farhana Ali, terkenal dengan suaranya yang merdu telah melencarkan sebuah lagu penuh perasaan yang berjudul Alhamdulillah It’s Ramadan.

Bintang yang semakin meningkat dari UK itu memperlihatkan perkara itu sebagai satu hal penting baginya menceburkan diri ke dunia muzik global sambil memuji kemuliaan bulan Ramadan.

Farhana menjelaskan bahawa lirik yang positif dan melodi yang menggembira secara tidak langsung berfungsi sebagai peringatan yang menyentuh tentang nilai belas kasihan, perpaduan dan renungan.

Baca juga: Penampilan pertama ONEUS di Malaysia pada Mei depan

Baca juga: Distorted luah kesedihan dalam By Your Side

“Alhamdulillah It’s Ramadan ditulis oleh saya untuk mengungkap inti pati dan semangat bulan Ramadan. Rakaman lagu tersebut sangat mudah kerana saya dapat bekerjasama dengan beberapa penerbit hebat yang membuatkan saya rasa selesa sepanjang proses rakaman berlaku.

“Saya juga berharap agar lagu ini boleh membawa kebahagiaan dan harapan dalam menantikan ketibaan bulan Ramadan buat kesemua pendengar,” katanya sambil tersenyum.

Selain itu, Farhana juga turut menyampaikan sedikit pesanan menerusi video muzik itu dan perkara tersebut adalah mengenai hidup bermasyarakat dalam satu komuniti serta melambangkan harapan bergembira antara satu sama lain.

Lagu Alhamdulillah It’s Ramadan iaitu sebuah lagu yang menjanjikan keindahan mesej yang mendalam dan melodi yang menyentuh jiwa. — Arena Muzik

Previous Post

Penampilan pertama ONEUS di Malaysia pada Mei depan

Next Post

Salma Salsabil ungkap rasa rindu menerusi Rumah

Next Post

Salma Salsabil ungkap rasa rindu menerusi Rumah

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.