KHABAR gembira yang ditungu-tunggu untuk peminat ONEUS kerana band boy sensasi dari Korea Selatan itu akan membuat penampilan sulung mereka di Malaysia sebagai sebahagian daripada jelajah mereka.
2024 ONEUS 2ND World Tour ‘La Dolce Vita’ di Kuala Lumpur dianjurkan oleh Soul & Joy Entertainment dan anjuran bersama SEAE dan Shining Star bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 4 Mei depan.
ONEUS yang terkenal dengan lagu Valkyrie dianggotai oleh Seoho, Leedo, Keonhee, Hwanwoong dan Xion, amat popular di peringkat antarabangsa sejak memulakan kerjaya pada tahun 2019 di bawah label rakaman RBW.
Karya muzik dendangan ONEUS berjaya menduduki carta teratas termasuk stau album studio dan 10 album mini yang menampilkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan Sepanyol.
Baca juga: Distorted luah kesedihan dalam By Your Side
Baca juga: Bon Jovi bakal lancar album studio ke-16 Jun depan
Beberapa lagu hits daripada ONEUS seperti Lit, No Diggity, Same Scent, LUNA dan banyak lagi, maka, ONEUS sebulat kata untuk melakukan lawatan utama di luar kawasan asal mereka ke bandar-bandar di seluruh Jepun, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan.
Memandangkan ‘La Dolce Vita’ bermaksud ‘kehidupan yang manis’, peminat ONEUS dikenali dengan nama panggilan TOMOON sekaligus peminat di Malaysia boleh melihat kelima-lima anggota ONEUS secara bersemuka di persembahan yang merangkumi intipati muzik dan karisma mereka.
Tiket mula dijual pada 19 Mac melalui my.bookmyshow.com/oneus2nd dan KLOOK selain, tiket ke 2024 ONEUS 2ND WORLD TOUR ‘La Dolce Vita’ di Kuala Lumpur datang dengan faedah peminat pada harga berikut, tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan yuran operasi RM10 setiap tiket:
1. VIP ROCK ZONE [Berdiri] – RM688
(Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat
bertuah.)
2. CAT 1 [Berdiri] – RM588
(Menonton ONEUS buat soundcheck, mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat
bertuah.)
3. CAT 2 [Duduk] – RM488
(Mendapat kad foto bercetak dan faedah peminat bertuah.)
4. CAT 3 [Berdiri] – RM388
(Mendapat kad foto bercetak.)
Untuk info, ERA, MY dan Goxuan selaku rakan media yang menjayakan perkara ini. — Arena Muzik