Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Bon Jovi bakal lancar album studio ke-16 Jun depan

Arena Muzik by Arena Muzik
March 17, 2024
in Berita
0
14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG rock terkenal dunia, kumpulan Bon Jovi bakal melancarkan album studio ke-16 bertajuk Forever pada Jun depan. 

Perkara itu dinyatakan oleh vokalisnya, Jon Bon Jovi, 62, yang turut mengakui berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan reaksi peminat. 

“Rekod ini akan mengembalikan kegembiraan kepada semua. Bermula dengan penulisan, melalui proses rakaman, ini adalah satu usaha yang hebat daripada kami, di samping berasa sangat gembira,” katanya. 

Baca juga: Teman taruhan baharu Insomniacks

Cuba mengetengahkan mesej positif, Bon Jovi ingin menghasilkan karya yang dapat menaikkan semangat sekali gus menjadi satu harapan baharu buat pendengar. 

Katanya, menerusi penulisan dan karya muzik, ia secara tidak langsung dapat menaikkan semangat seseorang untuk berdepan dengan dugaaan. 

“Saya ingin mereka berasa seperti memerlukan saya, dan saya ada untuk mereka di saat-saat sukar. 

“Semoga mereka yang mendengarnya memperoleh mesej positif yang cuba disampaikan dalam lagu,” ujarnya. 

Baca juga: Afif Tirmizie, Nikki Palikat bersatu dalam Dugaan Takdir Cinta

Dalam pada itu, Bon Jovi turut meraikan ulang tahun ke-40 band berkenaan dengan sebuah dokumentari bertajuk Thank You, Goodnight: The Bon Jovi Story. 

Dokumentari tersebut terbahagi kepada empat bahagian yang menceritakan pembabitan awal, kerja muzik sehingga berjaya mencapai kemasyhuran sekarang. 

Untuk info, album baharu itu akan mengandungi 12 buah lagu dan antaranya, Legendary, We Made It Look Easy, Living Proof, Waves, Seeds dan Kiss The Bride. — Arena Muzik

Previous Post

Teman taruhan baharu Insomniacks

Next Post

Distorted luah kesedihan dalam By Your Side

Next Post

Distorted luah kesedihan dalam By Your Side

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.