Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Dayang Nurfaizah, Aina Abdul antara bintang sertai konsert sulung Ajai

Arena Muzik by Arena Muzik
March 7, 2024
in Berita
0
16
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan komposer terkenal, Ajai buat julung kali bakal mengadakan konsert pertamanya di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.

Konsert yang diberi nama ByAjai and Mega Friends itu turut akan memperlihatkan kemunculan barisan selebiriti popular seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Hazama dan Aufahanie.

Kata Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, 48, pemilihan selebriti tersebut dibuat berdasarkan pengalaman kerjasama dalam pembikinan lagu.

Baca juga: Selam Lagu: Kasa Rubia lambang kesucian takdir cinta

“Lebih daripada 20 lagu hit yang saya cipta akan dinyanyikan dalam konsert yang dijangka akan berlangsung selama dua jam 30 minit ini.

“Saya menjangka lebih daripada 5,000 pengunjung akan menghadiri konsert ini kerana kesemua barisan artis mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan sudah tentu mereka mahu menyaksikan penyanyi kegemaran mereka membuat persembahan di pentas mega ini,” kata Ajai ketika sidang media Konsert ByAjai and Mega Friends di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Rabu.

Tambah Ajai, dia memiliki perancangan untuk mengadakan siri kedua dan seterusnya buat konsert itu kerana ramai penyanyi sudah bekerjasama dengannya yang boleh ditampilkan dalam siri yang seterusnya.

Baca juga: Raye catat rekod baru, menang 6 anugerah BRIT 2024

“Insya-Allah semuanya dalam perancangan dan kami sedang merangka secara terperinci perkara itu satu per satu,” katanya.

Tiket konsert tersebut boleh didapati di ticket2u.com.my bermula pada harga RM187 (Mega Fans Standing), RM197 (Serasi Bersama byAjai), RM257 (Aduh byAjai), RM287 (Kesetiaan byAjai), RM577 (Mega VIP) dan RM777 (Super Mega VIP). — Arena Muzik

Previous Post

Atas Nama Cinta bukti Salma Asis belum menyerah

Next Post

Pembunuh Malam dinobatkan Lagu Terbaik ALI2023

Next Post
Foto: Kamilia Ali

Pembunuh Malam dinobatkan Lagu Terbaik ALI2023

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.