Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Atas Nama Cinta bukti Salma Asis belum menyerah

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 7, 2024
in Berita
0
17
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN berdepan dengan ramai pendatang baharu dalam industri muzik tempatan, hal itu tidak mematahkan semangat penyanyi, Salma Asis untuk melancarkan single terbarunya, Atas Nama Cinta pada 23 Februari lalu.

Setiap karya yang dihasilkan bersama segunung harapan agar usaha yang dikerjakan sepenuh jiwa mendapat tempat di hati khalayak.

Salma, 33, berharap Atas Nama Cinta hasil ciptaan bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli dapat memacu kembali namanya seterusnya memahat posisi selesa pada perjalanan karier seninya selepas hampir 13 tahun berjuang.

Diterbitkan bersama Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia, Salma berkata, dia tidak pernah lelah berusaha malah, percaya lagu barunya itu mampu memberikan kepuasan buat peminat yang tidak jemu menanti karya terbarunya.

“Sebelum Atas Nama Cinta, ada beberapa single yang Salma hasilkan cuma kurang mendapat sambutan. Namun, Salma sentiasa percaya dengan rezeki yang tertulis dan berusaha mencari lagu baharu yang memenuhi kehendak Salma serta peminat.

“Sebaik mendengar lagu ini, terdetik di hati Salma untuk merakamkannya sebagai single terbaharu. Salma tertarik dengan komposisi dan lirik lagu ini yang sangat puitis.

Baca juga: Pemain dram Cromok meninggal dunia

Baca juga: Selam Lagu: Kasa Rubia lambang kesucian takdir cinta

“Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, Salma seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan Salma tidak mampu menolaknya,” kata anak kelahiran Tawau, Sabah itu.

Mengulas mengenai cabaran dan persaingan dalam industri muzik, Salma tidak menafikan ada ketika dia terkesan apabila peminat sering membandingkan kemampuannya dengan penyanyi lain.

Walaubagaimana pun, seperti insan lain, dia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Justeru, dia berharap peminat lebih terbuka dan menerima kekurangan serta kelebihannya kerana itu yang membentuk identitinya sebagai Salma.

“Atas Nama Cinta sangat bermakna buat Salma kerana ia menjadi pembakar semangat untuk Salma terus bertahan dalam industri muzik. Pastinya Salma ingin membawa bakat ini pergi lebih jauh,” katanya lagi.

Sekadar info, Salma pernah menyertai program Mentor pada musim kelima dan 3 Juara mengakui bahawa pengalamn lalu banyak membantunya sepanjang menyiapkan proses rakaman bagi lagu Atas Nama Cinta. — Arena Muzik

Previous Post

Pemain dram Cromok meninggal dunia

Next Post

Dayang Nurfaizah, Aina Abdul antara bintang sertai konsert sulung Ajai

Next Post

Dayang Nurfaizah, Aina Abdul antara bintang sertai konsert sulung Ajai

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.