Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Juara ALI23 bakal bawa pulang RM36,000

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 27, 2024
in Berita
0
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ANUGERAH Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh finalis top 5 bagi kategori Pop, Rock dan Hip Hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix pada Rabu lalu.

Memasuki tahun keempat penganjuran, ALI2023 kembali dengan lebih mantap dan konsisten demi memperkasa perjuangan bakat anak Malaysia dalam komuniti seni muzik indie.

Selain itu, beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock dan Hip Hop.

Menurut Penerbit Eksekutif ALI2023, Ahmed Faris Amir, sambutan kepada anugerah tersebut pada 2023 menerima sekitar 626 buah penyertaan lagu sehinggkan mendapat 11 ribu undian awam.

“Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 buah lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir ALI2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac depan.” katanya.

Jennifer Thompson selaku Penerbit Eksekutif bersama bangga denga penglibatan anak muda Malaysia dalam bidang muzik indie.

Lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu dan lagu yang dipilih semestinya mempunyai lirik dan muzik yang asli.

Baca juga: Berdansa dengan Love On, Selena Gomez

Baca juga: Kembali selepas satu dekad, CNBLUE bakal gegar Malaysia April depan

Selaku penerbit bersama, Jennifer Thompson berkata, kesemua lagu yang dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh Juri Profesional sebanyak 70 peratus dan undian awam secara atas talian sebanyak 30 peratus.

ALI2023 iktiraf pemuzik indie.

Hadiah wang tunai berjumlah RM36,000 menanti juara Anugerah Lagu Indie 2023.

Antara top 5 finalis ALI2023 bagi kategori Hip Hop tTerbaik adalah kolborasi Yung Kai, Nakalness dan Akkimwaru dengan lagu Ice Cold Castle; Sya dengan kerjasama Senna dalam lirik lagu Candy Mind; LXF (LXF); 53 UNIVERSE (GARD O GARD) dan artis Slatan/Jaystation dan Quai dengan lagu Mimpi Untuk Semalam.

Sementara itu, lima finalis terbaik dalam kategori Pop terbaik adalah Fatin Faizal dengan lagu Pura, Pembunuh Alam oleh Lunar; Odelia Triza dengan lagu Stargazing; Luka hasil karya dan nyanyian sendiri oleh Lily Jannah dan hasil ciptaan lagu berjudul Derana daripada Syahir Cherpen untuk artis Heidi dan Ruang Hati.

Manakala, kategori Rock dengan lima finalis terbaik adalah Akta dengan lagunya Jiwa (Takhta Milik Kita), lagu In The Haze oleh Math Class; artis Zerophobia dengan lagu Inti Sari; Crazy Grizzly (Terra Luna) dan Vota dengan lagu hasil ciptaan sendiri berjudul Souled Out.

Sekadar info, ALI2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia;Penaja Makanan, 1901 Hot Dog Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9 serta rakan-rakan media berkenaan. — Arena Muzik

Previous Post

Berdansa dengan Love On, Selena Gomez

Next Post

Ungu kembalikan fenomena ‘galau’ buat peminat

Next Post

Ungu kembalikan fenomena 'galau' buat peminat

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.