PENYANYI popular, Selena Gomez melancarkan video muzik lagu baharu bertajuk Love On dengan mengambil latar belekang, keindahan kota Paris yang terkenal sebagai Bandar Cinta.
Video muzik yang dilancarkan pada Khamis lalu itu dan diarahkan oleh pengarah Perancis, Greg Ohrel dengan menyaksikan luahan rasa perasan cinta terhadap pasangan.
Menggunakan elemen rancak, lagu tersebut mampu membuatkan pendengar menggerakkan tubuh mengikut rentak.
Baca juga: Selena Gomez bakal lancar album baharu
Malah, Gomez yang sebelum ini menjalani penggambaran di Paris turut mengakui bandar raya tersebut banyak meninggalkan kenangan indah buat dirinya.
“Terima kasih Paris kerana menjadi rumah saya selama dua bulan. Saya sangat menghargai setiap saat berada di sini dan tidak sabar untuk melihat reaksi anda terhadap filem ini nanti,” katanya ketika mengulas mengenai pembikinan filem baharu lakonannya, Emilia Perez di samping aktres Zoe Saldana.
Menjadi buah tangan sulung sempena 2024, lagu tersebut merupakan single baharu selepas Single Soon, hasil terbitan kekasihnya, Benny Blanco bersama Cashmere Cat pada 2023.
Baca juga: Ernie Zakri ‘jual’ lagu Masing-Masing ke Indonesia
Mendengarkan rentak dengan penceritaan lagu, Love On boleh dikatakan sebagai transisi kepada perjalanan kisah cinta Single Soon.
Lagu itu menggambarkan seperti Gomez bersedia untuk menerima cinta baharu dan mengakui sejarah lama tidak memberi kesan pada dirinya untuk takut jatuh cinta lagi.
Ada yang berpendapat, lagu tersebut merupakan luahan rasa Gomez yang kini dikhabarkan menyulam asmara dengan Blanco pada Disember 2023. — Arena Muzik