Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Misteri pentas The Masked Singer Malaysia terungkai

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 19, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH sembilan minggu bersiaran langsung, pentas akhir The Masked Singer Malaysia Musim keempat (TMSM4) melabuhkan tirai dengan penuh meriah dan meninggalkan kepuasan kepada penonton di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Rancangan realiti televisyen yang menjadi hangat diperkatakan di media sosial itu disempurnakan dengan kehebatan pengacaraan oleh pelawak terkenal, Datuk AC Mizal.

AC Mizal membuat kemunculan dengan menaiki motor berkuasa besar mengelilingi pentas TMSM4 di samping kemunculan barisan juri yang tidak lekang dengan lelecon mencuit hati.

Kemunculan Datuk AC Mizal ketika permulaan TMSM4.

Sembilan juri terdiri daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira, Nabila Huda, Sherry Alhadad, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Zizan Razak, Elly Mazlein dan Michael Ang.

Acara diteruskan dengan persembahan pembukaan yang memukau daripada juara TMSM musim ketiga iaitu Ayda Jebat dengan lagu Temberang, Pencuri Hati dan Nakal. Persembahan tersebut diserikan lagi dengan beberapa penari latar dan persembahan istimewa aksi akrobatik.

Seterusnya, acara kemuncak dimulakan dengan persembahan daripada maskot Teratai dengan lagu Damelo nyanyian asal daripada kumpulan Dolla dan diikuti dengan lagu It’s All Coming Back To You daripada nyanyian asal oleh Celine Dion untuk pusingan kedua.

Persembahan Teratai dengan lagu Damelo dan It’s All Coming Back To You.

Suasana makin hangat apabila persembahan daripada finalis kedua yang memakai topeng Mat Helang mendendangkan lagu Drama Band yang berjudul Biarkanlah dan lagu dari kumpulan Hujan, Aku Skandal, amat mempersonakan juri dan para penonton.

Baca juga: Ariana Grande hadiahkan peminat ‘Eternal Sunshine’

Baca juga: Beyonce lancar lagu baharu, bagi hint album akan datang

Di samping itu, persembahan daripada maskot Biskut Aiskrim mendominasi pentas dengan suara lunak mendendangkan irama melayu tradisional iaitu lagu Dondang Dendang nyanyian asal Noraniza Idris bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza manakala pusingan kedua pula Skyfall daripada Adele.

Biskut Aiskrim menyerikan pentas dengan irama melayu tradisional yang berjudul Dondang Dendang.

Persembahan memukau daripada finalis memakai yang mengenakan kostum Sang Kancil dengan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang dan Aduh Saliha, manakala Bunga Matahari pula Cinta dan Lathi.

Pemenang TMSM4 iaitu Bunga Matahari yang dipakai oleh Stacy Anam.

Dalam masa yang sama, AC Mizal turut dipuji oleh para juri yang turut mempunyai pengalaman sebagai pengacara kerana tenaga yang disumbangkan untuk mengawal keadaan serta menceriakan suasana masih kekal sama.

Kebolehan AC Mizal itu secara tidak langsung memberi ruang kepada pihak produksi dalam mengendalikan set pentas dengan jayanya.

Sehubungan itu, rancangan TMSM4 kali ini adalah rancangan kedua di Asia yang bersiaran secara langsung selepas negara Jerman malah, menjadi antara yang terbaik setakat ini di samping membawakan persembahan selebriti bertaraf profesional.

Pentas akhir TMSM4 diakhiri dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal dengan vokal yang lunak Aina Abdul dan Shila Amzah dengan lagu Hurt oleh Christina Aguilera, Listen oleh Beyonce dan Sebelah Jiwaku oleh Jaclyn Victor.

Pemenang bagi rancangan nyanyian bertopeng itu diumumkan dan Bunga Matahari berjaya menarik perhatian juri serta penonton sekali gus merangkul gelaran juara TMSM4. Identiti bunga matahari telah diketahui setelah dibuka topengnya, ternyata ia adalah Stacy Anam yang berjaya memenangi tempat pertama dalam rancangan tersebut. — Arena Muzik

Previous Post

Ariana Grande hadiahkan peminat ‘Eternal Sunshine’

Next Post

Merindu jadi ubat kerinduan peminat MADAM

Next Post

Merindu jadi ubat kerinduan peminat MADAM

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.