Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ariana Grande hadiahkan peminat ‘Eternal Sunshine’

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 18, 2024
in Berita
0
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALI lagi mengcungkil keterujaan peminatnya, Ariana Grande mendedahkan beberapa lagu dalam album barunya yang bakal diluncurkan berjudul, Eternal Sunshine pada 8 Mac depan.

Pelantun lagu Side To Side itu tidak mengenal erti mengalah dalam membina karier nyanyiannya setelah tiga tahun menyepi, kini kembali dengan memberi sedikit pendedahan akan lagu yang tersenarai dalam album barunya itu menerusi akaun Instagram miliknya sendiri.

Menerusi satu hantaran di Instagram milik penyanyi berumur 31 tahun itu, dia menunjukkan beberapa senarai lagu yang berjudul Don’t Wanna Break Up Again, True Story dan I Wish I Hated You serta perkongsian dipercayai sebagai foto muka depan album iaitu dirinya yang memakai busana berwarna merah santai di atas sofa yang berwarna terang.

“Eternal Sunshine akan dilancarkan pada 8 Mac depan dan kesemua lagu boleh ditempah melalui pra-jualan,” tulisnya.

Baca juga: Beyonce lancar lagu baharu, bagi hint album akan datang

Baca juga: Cerita cinta dalam Kasmaran gaya Layka Al Funsu

Walaubagaimana pun, Grande bercadang untuk tidak mendedahkan kesemua hasil karya buat album barunya itu agar kesemua peminat setia yang sentiasa menyokongnya akan menikmati lagu-lagu tersebut bersamaan dengan pelancaran penuh album Eternal Sunshine pada Mac depan.

“Sudah tentu akan ada banyak single daripada projek ini, mungkin juga terdapat satu atau dua kejutan buat anda dan pihak kami menahan anda sehingga hari itu tiba sahaja. Selebihnya, anda akan mendengarkannya secara keseluruhan adalah cara ideal saya dan berharap agar projek ini dapat menyentuh hati anda semua,” katanya memetik laporan Billboard.

Untuk info, lagu baru berjudul Yes,And? dilancarkan pada bulan Januari menyemarakkan keterujaan peminat apabila lagu tersebut tercatat sebagai nombor satu dalam carta 100 Billboard dan Grande juga sempat berkolaborasi bersama Mariah Carey menghasilkan lagu yang sama versi campuran semula (remix) pada 16 Februari, Jumaat.

Previous Post

Beyonce lancar lagu baharu, bagi hint album akan datang

Next Post

Misteri pentas The Masked Singer Malaysia terungkai

Next Post

Misteri pentas The Masked Singer Malaysia terungkai

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.