Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cerita cinta dalam Kasmaran gaya Layka Al Funsu

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 16, 2024
in Berita
0
33
SHARES
195
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN tubuhnya kecil, namun bakat terpendam yang dimiliki oleh gadis cantik molek, Layka Al Funsu menarik perhatian khalayak, kini muncul dengan lagu baharu bertajuk, Kasmaran.

Single tersebut dihasilkan sendiri olehnya dengan kerjasama dua penulis, Amir Firdaus dan Adib Hamdi selaku komposer membuatkan melodi lagu itu menjadi lebih menarik.

Lagu tersebut menceritakan tentang seorang gadis yang telah jatuh cinta kepada seorang jejaka, namun dia berasa berbelah bahagi sama ada ingin meluahkan rasa cinta kerana malu dan takut akan masa lampau yang mengecewakan.

Baca juga: Cinta Kayangan serlah jiwa romantis Razzuan Rosli

Baca juga: Asimilasi Zamaera, Daaliah dalam Big Fish

Malah dalam, muzik video Kasmaran itu menunjukkan gadis itu tidak mahu menyimpan rasa cinta sendirian, namun berakhir dengan penyesalan. Akhirnya, gadis tersebut redha dan lebih selesa dengan perasaannya yang membuatkannya hanyut dalam angan-angan cintanya.

Besar harapan Layka meluncurkan lagu barunya itu agar kesemua pendengar dapat merasai cinta yang terpaksa dipendam, namun bahagia kerana tidak mahu hati kecewa kerana menaruh harapan.

Sebelum ini, Layka pernah melancarkan single pertamanya bertajuk Dua Rama-Rama dan Ria Raya bersama Iman Troye, Dalia Farhana dan Fimie Don. — Arena Muzik

Previous Post

Cinta Kayangan serlah jiwa romantis Razzuan Rosli

Next Post

Beyonce lancar lagu baharu, bagi hint album akan datang

Next Post

Beyonce lancar lagu baharu, bagi hint album akan datang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.