Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Irfan Haris selit elemen ketuhanan dalam Syurga

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 13, 2024
in Berita
0
20
SHARES
118
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI pucuk muda yang sedang meningkat naik, Irfan Haris Othman atau nama pentasnya, Irfan Haris, kini muncul dengan single baharu bertajuk Syurga.

Setelah meraih perhatian dengan beberapa buah lagi lain antaranya Pesan, Honey dan Redha, Irfan melanjutkan kerjaya seninya menerusi karya Syafiq Rashid manakala diterbitkan oleh Bajai dan Amir Firdaus.

Pelantun berumur 23 tahun itu memberitahu, lagu Syurga menceritakan tentang kerinduan terhadap seseorang yang telah tiada. Bukan sahaja itu, lagu tersebut juga boleh dikatakan memiliki elemen ketuhanan dan mesej positif tentang pengharapan untuk menjadi penghuni syurga.

“Lagu ini membawa lambang bahawa perindu itu bukan hanya mengimpikan syurga kerana keindahan semata-mata, tetapi dia mengimpikan untuk bertemu dengan insan yang dirinduinya yang kini menjadi seorang penghuni syurga,” katanya.

Baca juga: ‘Dayungan’ Sampan Mimpi Amira Othman

Baca juga: Pemilik Hatiku jadi taruhan sulung HarsonBee

Lagu itu juga menceritakan perihal soal jawab ‘sang perindu’ dengan dirinya sendiri terutama saat jiwanya meronta dan merindu sesorang.

Malah, kata ganti nama ‘kamu’ dalam lirik lagu tersebut juga membawa maksud mendalam itu digunakan bagi merujuk kepada insan agung yang amat dirindukan iaitu Rasulullah SAW.

Lagu pemenang tempat keempat program realiti televisyen, Big Stage 2019 bertajuk Syurga itu boleh didengarkan di platform penstriman digital.— Arena Muzik

Tags: irfan harissyurga
Previous Post

‘Dayungan’ Sampan Mimpi Amira Othman

Next Post

Asimilasi Zamaera, Daaliah dalam Big Fish

Next Post

Asimilasi Zamaera, Daaliah dalam Big Fish

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.