Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

‘Dayungan’ Sampan Mimpi Amira Othman

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 12, 2024
in Berita
0
11
SHARES
62
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, pengacara dan pelakon , Nadia Amira Othman atau lebih dikenali dengan nama Amira Othman, telah melancarkan lagu baharu, berjudul Sampan Mimpi pada 26 Januari lalu.

Artis berumur 31 tahun itu, teruja apabila lagu baharu hasil kerjasama komposer Amir Jahari dan penerbit Ag Coco kini dapat didengari peminat

Katanya, lagu Sampan Mimpi menceritakan tentang perjalanan seorang anak yatim piatu yang merindui kawan-kawannya ketika menjadi penghuni rumah anak yatim.

“Lagu ini merupakan luahan bagaimana perasan yang cekal dengan dugaan Tuhan, tetapi kekal berdoa untuk kesejahteraan kedua arwah ibu bapanya di samping menumpang kasih sayang di rumah anak yatim.

Baca juga: Malam Seribu Tahun Imran Ajmain jadi momen indah lebih 600 penonton

Baca juga: ‘Suara burung’ Mahalini tawan peminat Malaysia

“Kemudian dia bersyukur kerana diberikan ibu bapa baharu serta ‘Sampan’ membawa maksud tentang cinta yang tidak mempunyai sesiapa, tetapi akhirnya mempunyai seseorang untuk bergantung,” katanya.

Bait lirik dalam lagu tersebut membawa maksud dirinya sudah mempunyai seseorang untuk menjaganya dan membuka ruang hati untuk memberikan cinta serta kepercayaannya kepada orang baru.

Alunan melodi balada membuatkan lagu itu kedengaran lebih santai dan tenang ditambah pula, suara lunak Amira mendendangkan lagu itu.

Lagu Sampan Mimpi boleh didengarkan di Youtube Amira Othman, Spotify dan di platform penstriman digital yang lain.

Untuk info, Amira merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 dan berjaya memenangi tempat ketiga.

Selain itu, namanya turut melonjak sebagai penyanyi menerusi lagu single keduanya iaitu Hati-Hati hasil nukilan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan. — Arena Muzik

Previous Post

Pemilik Hatiku jadi taruhan sulung HarsonBee

Next Post

Irfan Haris selit elemen ketuhanan dalam Syurga

Next Post

Irfan Haris selit elemen ketuhanan dalam Syurga

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.