Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Bams, Marcell dan Once bakal bergabung atas satu pentas 4 Mei depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 7, 2024
in Berita
0
12
SHARES
72
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA penyanyi popular Indonesia iaitu Bams, Marcell dan Once bakal beraksi atas satu pentas di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Mei depan menerusi Konsert Trio Terhabat Vol. 1.

Kemunculan ketiga-tiga mereka itu secara tidak langsung akan mengubat kerinduan peminat dengan kehebatan suara ‘pria ganteng’ terutama saat mendendangkan untaian lagu romantis.

Baca juga: ‘Suara burung’ Mahalini tawan peminat Malaysia

Bams atau nama sebenar Bambang Reguna Bukit merupakan salah seorang pengasas dan vokalis pertama dari kumpulan muzik Samsons sejak tahun 2003 hingga 2012. Manakala, Once Mekel atau nama sebenar Elfonda Mekel merupakan bekas vokalis kumpulan Dewa 19 sementara Marcel Siahaan pula, aktif sebagai seorang pelakon dan penyanyi.

View this post on Instagram

A post shared by ICON ENTERTAINMENT (@iconentertainmentmy)

Gabungan hebat tersebut itu diharapkan bakal meninggalkan Kenangan Terindah buat semua peminat lebih-lebih lagi apabila dianggarkan sebanyak 30 buah lagu akan dipersembahakan pada malam itu.

Baca juga: Malam Seribu Tahun Imran Ajmain jadi momen indah lebih 600 penonton

Konsert yang dibawakan oleh ICON Entertainment itu akan memperlihatkan adunan suara hebat dan persembahan memukau barisan penonton, selain dapat mengimbau semula nostalgia indah.

Menariknya, mereka bertiga disatukan dalam Konsert Trio Terhebat Vol.1 tersebut Takkan Terganti dan jangan Hilang Naluri untuk mencipta sebuah Kenangan Terindah bersama dan jangan lepaskan peluang untuk mewujudkan kembali aura malar segar bersama mereka. — Arena Muzik

Previous Post

‘Suara burung’ Mahalini tawan peminat Malaysia

Next Post

Terima kasih Kuala Lumpur – D’Masiv

Next Post

Terima kasih Kuala Lumpur - D'Masiv

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.