Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Malam Seribu Tahun Imran Ajmain jadi momen indah lebih 600 penonton

Arena Muzik by Arena Muzik
February 5, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan komposer Imran Ajmain muncul dengan konsert sulung, Malam Seribu Tahun yang berlangsung selama dua hari bermula 3 Februari di Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, setelah lima tahun tidak muncul dengan persembahan pentas.

Artis yang berasal dari Singapura itu memulakan persembahan tepat pada pukul 9 dengan menyanyikan lagu pertama berjudul Taurus yang berjaya menghiburakn lebih 600 penonton yang hadir.

Konsert tersebut terbahagi kepada tiga segmen iaitu segmen pertama berkonsepkan persembahan secara langsung (live); kedua, akustik; ketiga, iringan muzik band sepenuhnya.

Baca juga: Green Day mendominasi senarai 5 lagu cinta paling romantik

Baca juga: Siti Nordiana pertama kali buat konsert selepas 25 tahun dalam industri

Pada segmen yang pertama, Imran telah menyampaikan lima buah lagu hits yang berjudul Taurus, Intan Dan Perak, Hanya Menari, Di Kalung Kasihan dan Ghaibmu.

Ketika mempersembahkan lagu Di kalung Kasihan, ramai penonton turut sama menyanyikan lagu tersebut itu dengan penuh emosi selain turut terbuai dengan emosi.

Dalam pada itu, menurut Malaysia Bangkit, pada segmen kedua yang berkonsepkan akustik, sebanyak empat buah lagu telah didendangkan antaranya Mengaku Kalah, Peluang Kedua, Nada Merindu dan Allah Selamatkan Kamu.

Tiba saat-saat yang paling dinantikan oleh semua penonton iaitu lagu keramat bagi Imran yang berjudul Seribu Tahun dinyanyikan pada segmen kedua, dengan beberapa lagu lain antaraya Jika Engkau Pergi, Kekasih Awal Dan Akhir, Apa Salah Beta, Menimbang Rasa, Harapan Kecewa dan Sudah Tu Sudah.

Kelunakan suara Imran itu bagai hipnosis penonton yang hadir sekali gus mengimbau semula era kegemilangan untaian lagu popularnya yang kini kembali tular di media sosial, antaranya Selamat Ulang Tahun Sayang dan Seribu Tahun. — Arena Muzik

Previous Post

Green Day mendominasi senarai 5 lagu cinta paling romantik

Next Post

‘Suara burung’ Mahalini tawan peminat Malaysia

Next Post

'Suara burung' Mahalini tawan peminat Malaysia

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.