Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Siti Nordiana pertama kali buat konsert selepas 25 tahun dalam industri

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 6, 2024
in Berita
0
Foto: Instagram/sitinordiana

Foto: Instagram/sitinordiana

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SPEKULASI mengatakan penyanyi, Siti Nordiana ingin menamatkan zaman janda akhirnya terjawab apabila finalis All Stars Gegar Vaganza itu akhirnya mengakui bahawa perkara itu sekadar gimik konsert sulungnya.

Pemilik nama lengkap Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dipanggil Nana, 39, mengakui sudah lebih dua dekad bertapak kukuh dalam industri seni tempatan khususnya muzik bagaimanapun mengaku ada yang istimewa di sebalik tersebar fotonya menyarungkan gaun putih bak pengantin tersebut.

Pelantun Memori Berkasih itu turut memohon maaf jika sekiranya foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang walhal sebenarnya, ia adalah konsep yang cuba dibawakan khas buat peminat yang menjadi tulang belakang kariernya selama ini.

“Saya dengan rasa rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto berbusana pengantin baru-baru ini.

Baca juga: Sayap jadi taruhan Elly Mazlein bukti kemampuan sebagai penyanyi

Baca juga: Hyun Bin ‘hero’ dalam muzik video Kim Bum Soo

“Sebenarnya fotografi itu diadakan khusus untuk acara istimewa, julung kali ini dan sangat bermakna. Ia untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun,” ujarnya merungkai spekulasi perkahwinannya.

Nana menyifatkan konsert tersebut terlalu istimewa buat dirinya dan menjadikan ia sebagai panggung dan ‘pelamin khas’ untuk meraikan karier bersama peminat yang tidak putus menyokong perjalanan muziknya selama ini.

@arenamuzikofficial

Segala persoalan sudah terjawab, Siti Nordiana menerima 'lamaran' untuk mengadakan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun pada 11 May di Zepp KL . https://arenamuzik.com/ . #arenamuzik #informasimuzikanda #sitinordiana #memoriberkasih #konsert #zeppkl #achiknana #laguhitsterbaik #penyanyimalaysia #fyp #kontrovesi #kahwin

♬ original sound – arenamuzikofficial

Di panggung konsert itu, Nana akan menggamit nostalgia peminat menerusi lagu-laguhit miliknya seperti Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Tak Upaya Menangis Lagi sehingga Satukan Rasa.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun bakal berlangsung pada 11 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur bermula pada pukul 8.30 malam.

Harga tiket bermula dari RM188 (Paling Comel), RM228 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta) dan RM4,888 (VIP BOX, 8 per box) boleh dibeli di www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline 012-6530 700. — Arena Muzik

Previous Post

Sayap jadi taruhan Elly Mazlein bukti kemampuan sebagai penyanyi

Next Post

Turn The Lights Back On hangatkan nama Billy Joel

Next Post

Turn The Lights Back On hangatkan nama Billy Joel

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.