Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Hyun Bin ‘hero’ dalam muzik video Kim Bum Soo

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 30, 2024
in Berita
0
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENAMPILAN pelakon terkenal dari Korea Selatan, Hyun Bin dalam muzik video Kim Bum-Soo berjudul The World Of You yang dilancarkan pada 25 Januari, telah mengejutkan ramai peminat.

Kim Bum-Soo kembali dengan lagu barunya itu, memuji penglibatan dan kerjasama antara Hyun Bin dan pelakon wanita baru dalam industri perfileman Korea iaitu Kim Seo-An.

Bum-Soo tidak menyangka bahawa tawaran yang diberikan kepada Hyun Bin untuk membintangi muzik video lagunya mendapat jawapan yang baik daripada pelakon kacak itu.

“Ketika dalam proses menghasilkan lagu ‘The World of You’ ini, pelakon pertama yang saya fikir adalah Hyun Bin. Saya pula tidak boleh terus hubungi beliau dan bertanya tentang tawaran itu.

“Saya sempat bersembang santai dengannya sebelum hati-hati mengusulkan idea saya itu. Tetapi, beliau terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Saya sangat terkejut dan bersyukur,” katanya memetik laporan, Lifestyle Asia.

Baca juga: Hattan umum undur diri daripada bidang nyanyian

Baca juga: Sweet Charity ‘pukau’ ribuan peminat di Zepp KL

Penceritaan di sebalik muzik video tersebut memaparkan Kim Seo-an, berasa sedih, sunyi seperti menunggu seseorang. Terdapat adegan yang menggambarkan sebuah bilik yang dipenuhi dengan perabot yang dibalut kain putih.

Malah, orang yang dia tunggu ternyata adalah Hyun Bin, yang juga nampaknya sedang bersedih. Penghujung video muzik menunjukkan mengapa Hyun Bin beremosi, kerana ia melengkapkan arka lagu yang penuh emosi.

Sebelum ini, Bum-Soo dan Hyun Bin sudah berkawan lama dan Hyun Bin difahamkan pernah muncul dalam muzik video Kim Bum-Soo untuk lagu Memory pada tahun 2005.

Kemunculan Hyun Bin dalam muzik video The World Of You adalah projek keduanya bersama Bum-Soo yang merupakan salah satu sebab utama kerjasama antara mereka berjalan dengan lancar.

Sekadar Info, Bum-Soo pernah membuat satu nyanyian istimewa di majlis perkahwinan Hyun Bin dan Son Ye jin pada 2022 dan perkara tersebut mendapat perhatian ramai peminat.  — Arena Muzik

Previous Post

Hattan umum undur diri daripada bidang nyanyian

Next Post

Sayap jadi taruhan Elly Mazlein bukti kemampuan sebagai penyanyi

Next Post

Sayap jadi taruhan Elly Mazlein bukti kemampuan sebagai penyanyi

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.