Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Pemuja Wings bakal bawa pulang hadiah istimewa ‘otai rock’

Arena Muzik by Arena Muzik
January 23, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA baik buat pemuja kumpulan rock popular tanah air, Wings apabila berpeluang untuk menyaksikan persembahan bertenaga ‘otai legend’ di Pulau Pinang pada 24 Februari depan.

Konsert The Emperor-Penang Chapter akan diadakan di SPICE Arena, Bayan Lepas itu akan memperlihatkan kemampuan mereka mempersembahkan barisan lagu popular yang dipilih sendiri oleh kelab peminat Wings iaitu Sayap-Sayap Wings.

Selaku vokalis Wings, Datuk Awie, memberitahu, konsert tersebut menampilkan pesona seperti pemerintah empayer Viking, sekali gus memberikan kelainan kepada penonton.

Baca juga: IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Baca juga: Naqiu pelengkap persembahan Hetty Koes Endang Februari depan

“Kami turut memperkenalkan satu konsep baharu iaitu,Tonton, Gores dan Menang. Caranya ialah dengan setiap pembelian tiket, penonton akan gores dan berpeluang untuk memenangi hadiah.

“Siapa tahu mungkin penonton yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang barangan istimewa daripada koleksi peribadi kumpulan Wings untuk dihadiahkan kepada peminat,” katanya kepada Malaysia Bangkit ketika sidang media Konsert The Emperor-Penang Chapter pada Khamis.

Selain Awie, Wings turut dianggotai oleh Eddie (bes), Black (dram), Sham (gitar) dan Edrie (gitar).

Tiket boleh didapati di wings.ubertickets.asia.terbahagi bermula pada harga RM95 (CAT 1 ) Rock Zone (RM115), Rock Silver (RM158), Rock Gold (RM188), Numbered Seat (RM258) dan Rock Emperor (RM315). — Arena Muzik

Previous Post

Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ‘menggila’ di Sabah

Next Post

Kolaborasi Badai, Randy Pangalila dalam album The Greatest Hits Vol. 1

Next Post

Kolaborasi Badai, Randy Pangalila dalam album The Greatest Hits Vol. 1

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.