Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Jilid Akhir: Ella Puteri Kota ‘menggila’ di Sabah

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 23, 2024
in Berita
0
14
SHARES
83
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

FENOMENA konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota melanda ibu kota Sabah dengan persembahan Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin baru-baru ini.

Pengalaman yang sangat menakjubkan itu bermula pada pukul 8.30 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Jalan Tanjung Lipat.

Konsert yang berlangsung selama dua jam lebih di bawah bimbingan pengarah muzik tersohor, Datuk Acis tersebut turut disajikan dengan hampir 30 buah lagu diantaranya Standing In The Eyes Of The World, Kesal, Retak dan Anak Patung.

Malam yang indah penuh kehangatan itu menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat keempat untuk Jilid Akhir:Ella Puteri Kota, namun, dengan permintaan peminat yang tinggi jelajah tersebut diteruskan di lokasi-lokasi lain.

Lebih menariknya, sebagai penghargaan kepada negeri Sabah yang penuh dengan budaya, suatu persembahan kejutan dibawakan oleh Kumpulan Budayawan dengan tarian tradisional Sabah.

Ella menghiburkan peminat dengan hampir 30 buah lagu antaranya, Retak, Kesal, dan Standing In The Eyes Of The World.

Baca juga: IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Baca juga: One Of These Days ‘sentuhan’ baharu Busted

Peminat-peminat terkesima dengan bunyian tradisional di konsert rock tersebut menjadikan ia suatu pengalaman yang tidak mungkin boleh dilupakan.

Konsert dibawakan Hitman Solutions bersama RockQueen itu berakhir dengan sambutan yang meriah oleh peminatnya dan menjadikan ia sebagai memori yang sentiasa terpahat di hati.

Sokongan daripada peminat di Sabah, menyentuh hati Ella.

“Terima kasih ‘urang’ Sabah atas sokongan yang tidak terhingga. Saya berharap semua orang yang hadir ke konsert pada malam ini dapat menjadikan ini satu memori yang tidak dapat dilupakan.

“Tambahan pula, Kota Kinabalu sangat special (istimewa) dan dekat di hati saya kerana di sinilah lokasi saya dan suami mula berkenalan sewaktu mula-mula bercinta dahulu sekali gus menjadi memori terindah bagi kami,” katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, siri Jilid Akhir: Ella Puteri Kota bermula di Axiata Arena Bukit Jalil yang melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold-Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh The Malaysia Book of Records, kemudian di Spice Arena Pulau Pinang mengumpulkan 14,000 Ellasgang, dan kini, di Kota Kinabalu, Sabah, kesemuanya punyai kejayaan tersendiri. — Arena Muzik

Previous Post

IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Next Post

Pemuja Wings bakal bawa pulang hadiah istimewa ‘otai rock’

Next Post

Pemuja Wings bakal bawa pulang hadiah istimewa 'otai rock'

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.