Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Letto mengisi ‘ruang rindu’ peminat Malaysia

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 16, 2024
in Berita
0
Letto akhiri konsert dengan lagu hit - Ruang Rindu.

Letto akhiri konsert dengan lagu hit - Ruang Rindu.

29
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JUMAAT lalu pasti meninggalkan seribu kenangan buat pemuja sebuah kumpulan muzik dari tanah seberang iaitu kumpulan Letto, telah melangsungkan konsert Ulang Tahun ke-20 mereka, dengan penuh bertenaga dan menghiburkan peminat yang sekian lama menanti kehadirannya di Malaysia.

Sempena meraikan ulang tahun ke-20, kumpulan yang popular dengan lagu Permintaan Hati itu mendominasi pentas di Zepp Kuala Lumpur (Zepp KL).

Dianggarkan lebih 5,000 peminat hadir membanjiri setiap ruang bagi menyaksikan persembahan yang mempesona dan tidak dapat dilupakan itu.

Menariknya, malam yang indah dan penuh sejarah itu dimulakan dengan kemunculan istimewa penyanyi wanita yang bersuara lunak, Dalia Farhana dengan lagu popularnya, Rumah dan Langit Yang Sama, membuatkan kesemua penonton bersorak dan teruja.

Alunan melodi yang mendayu-dayu menghanyutkan penonton dengan setiap bait lirik yang memiliki makna istimewa buat tuan punya badan.

Kemunculan Dalia itu menjadi persembahan pertama buatnya di Malaysia sekali gus menyanyi secara langsung di hadapan peminat Malaysia.

Dalia Farhana menyanyikan lagu Rumah & Langit Yang Sama sebagai tirai pembukaan.

“Sebenarnya Dalia ingin ucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan memilih Dalia sebagai pembukaan kepada konsert Letto. Saya sangat terharu lebih-lebih lagi persembahan saya dihargai oleh penonton semua,” katanya sejurus selesai persembahannya.

Baca juga: Bruno Mars ‘tawan’ peminat Singapura April depan

Baca juga: Konsert UND3RGROUND kolaborasi 3 band indie

Kemudian, persembahan diteruskan dengan kemunculan seorang demi seorang anggota kumpulan Letto dengan diiringi alunan gamelan yang dibawa khas dari Yogyakarta, Indonesia.

Kehadiran kumpulan Letto di atas pentas itu lantas menyuntik semangat sorak dalam kalangan penonton, lebih-lebih lagi saat mereka menghidangkan beberapa lagu popular mereka seperti Sebelum Cahaya dan Sandaran Hati.

Dalam pada itu, mereka turut mendendangkan lagu kumpulan rock lagenda tanah air, Search, iaitu Fantasia Bulan Madu dan Isabella. Bukan sekadar persembahan nyanyian, bahkan Noe selaku vokalis Letto turut mendeklamasi sajak, lantas mewujudkan aura kesenian dan kehalusan seni penulisan.

Noe turut meluahkan rasa syukur dengan sokongan peminat sehingga mewujudkan tali persahabatan antara Malaysia dengan Indonesia.

Kelebihan itu juga memberikan mereka peluang untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni sehingga sudah mencecah dua puluh tahun.

Letto akhiri konsert dengan lagu hit, Ruang Rindu.

“Pertalian persahabatan antara Malaysia dan Indonesia itu tidak dapat diubah dan utuh kerana sentiasa mendukung antara satu sama lain walau apa pun yang berlaku.

“Saya dan yang lain (seluruh kumpulan termasuk gamelan) turut berasa bangga dan berterima kasih kerana sentiasa menyokong kami sehingga kini. Perjalanan selama dua puluh tahun ini tidak sia-sia jadi kami akhiri dengan ribuan terima kasih kepada semua. Kami sayang kamu,” ujarnya sambil tersenyum lebar.

Konsert yang dianjurkan oleh Qew Communications itu menutup tirai persembahan dengan lagu Sebelum Cahaya yang dilancarkan pada 2007. — Arena Muzik

Previous Post

Bruno Mars ‘tawan’ peminat Singapura April depan

Next Post

Naqiu pelengkap persembahan Hetty Koes Endang Februari depan

Next Post

Naqiu pelengkap persembahan Hetty Koes Endang Februari depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.