Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Tyzo Xander tinggalkan Suria FM 

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
January 12, 2024
in Berita
0
48
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYAMPAI Radio, Tyzo Xander mengucapkan selamat tinggal kepada stesen radio, Suria FM. 

Berita itu dimaklumkan oleh Pegurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya.

“Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria.

Baca juga: Siti Nurhaliza tunai umrah sempena ulang tahun kelahiran

Baca juga: Konsert UND3RGROUND kolaborasi 3 band indie

“Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Untuk rekod, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zulkarnain Idris mula menyertai Suria FM pada 2007, namun kontraknya ditamatkan pada 2013.

Seterus, bapa seorang cahaya mata itu kembali menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Suria FM pada 2016. 

Segmen Suria Petang pada Jumaat menjadi hari terakhir dia berkhidmat dengan stesen radio itu. — Arena Muzik

Previous Post

Konsert UND3RGROUND kolaborasi 3 band indie

Next Post

Album Vultures gandingan Kanye West, Ty Dolla Sign

Next Post

Album Vultures gandingan Kanye West, Ty Dolla Sign

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.