Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert UND3RGROUND kolaborasi 3 band indie

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 12, 2024
in Berita
0
24
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT yang menggabungkan tiga gergasi band indie iaitu Butterfingers, Hujan dan Bunkface akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor pada 2 Mac depan.

Persembahan yang amat dinantikan oleh kumpulan peminat indie itu tentu sahaja tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan mereka di pentas.

Selaku penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, berkata, konsert tersebut bukan sahaja bertujuan untuk berhibur, tetapi turut dapat mengembalikan nostalgia peminat menyaksikan persembahan gig suatu ketika dahulu.

“Nama-nama band besar seperti Butterfingers, Hujan dan Bunkface meninggalkan legasi yang kuat dalam arena Indie ketika era band berkembang, jadi kami ingin raikan setiap perjalanan karier mereka menerusi sebuah konsert rock epik yang mengiktiraf pencapaian mereka dalam industri muzik kita,” katanya.

Baca juga: Tiara Andini angkat budaya Jawa dalam Ngeluwihi

Baca juga: Siti Nurhaliza tunai umrah sempena ulang tahun kelahiran

Tambahnya lagi, konsert tersebut bakal menghiburkan peminat dan bakal menawarkan pengalaman tidak dapat dilupakan kerana peminat yang hadir akan menyaksikan sendiri perintis genre ini di atas satu pentas.

Penganjur utama Hitman Solutions menyediakan konsert istimewa secara fizikal buat tahun ini istimewa untuk peminat rock Indie di Malaysia.

Menariknya, sebagai tanda pelancaran, sebuah replika gitar gergasi setinggi 10 meter dijadikan ikon promosi konsert tersebut yang diiktiraf sebagai ‘The Biggest Inflatable Guitar in Malaysia’ oleh Malaysian Book of Records.

Tiket konsert terbahagi kepada lima kategori iaitu Rockzone – Pembeli terawal (RM149), Rockzone – Phase 1 (RM199), Rockzone – Phase 2 (RM249), Mosh Tix (RM299) serta Vibers Pit (RM499) dan penjualan tiket bagi kategori Rockzone akan dikeluarkan secara berperingkat.

Boleh mendapatkan tiket dengan layari www.hitmanlive.com, sebarang pertanyaan berkenaan boleh hubungi 012-2655 783 atau emel [email protected]. — Arena Muzik

Previous Post

Siti Nurhaliza tunai umrah sempena ulang tahun kelahiran

Next Post

Tyzo Xander tinggalkan Suria FM 

Next Post

Tyzo Xander tinggalkan Suria FM 

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.