MENAKJUBKAN kata tepat bagi menggambarkan lagu terbaharu Tiara Andini iaitu penyanyi berasal daripada negara republik, Indonesia bertajuk Ngeluwihi yang dilancarkan pada 5 Januari lalu.
Dalam lagu itu, Tiara mendapat bekerjasama dengan penerbit muzik dari Korea Selatan, Hyuk Shin, yang sebelumnya pernah bersama-sama menghasilkan lagu Flip It Up. Hasilnya, lagu Ngeluwihi juga memberikan sentuhan Korea Pop (K-pop) dalam susunan muziknya.
Pemilihan perkataan Ngeluwihi diambil daripada bahasa Jawa yang membawa maksud, melebihi.
Keunikan budaya Jawa membuatkan Tiara menjadikan elemen asal usulnya itu sebagai fokus utama dalam lagu.
Cerita perempuan berdarah Jawa disuntik ke dalam karyanya, selain dia ingin menunjukkan versi terbaik dirinya melalui single tersebut.
Baca juga: Dominasi Alif di konsert A Night with Alif Satar and The Locos
Baca juga: Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu
“Saya ingin membawa budaya tempat kelahiran saya, iaitu budaya Jawa, dan ternyata setelah dicuba hasilnya sangat memuaskan. Tidak hanya lagu, tetapi semua hasil produksinya juga melebihi daripada jangkaan saya,” kata Tiara sambil tersenyum lebar.
Lagu itu sendiri menceritakan tentang bagaimana seseorang yang diremehkan oleh orang lain akhirnya mampu bangkit untuk membuktikan bahawa orang tersebut salah kerana dia mampu menjadi versi yang lebih baik dari dirinya sendiri.
Menariknya, video muzik yang dihasilkan juga mampu memukau sesiapa yang melihat selain menampilkan Tiara berpakaian tradisional Jawa bersama tarian Jawa.
Untuk info, Tiara Andini sebelum ini merupakan penerima Anugerah Artis Baru di Muzik Indonesia 2020. Di samping itu, dia juga menerima anugerah sebagai Artis Asia Baru Terbaik di Anugerah Muzik Asia Mnet pada tahun yang sama. — Arena Muzik