Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ara Johari tunggu masa sesuai lancar lagu baharu

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 7, 2024
in Berita
0
41
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang popular dengan lagu Bunga, Ara Johari mengakui penularan virus Covid-19 yang mencetuskan pandemik di seluruh negara, secara tidak langsung memberikan kesan kepada kerjayanya sebagai anak seni.

Masakan tidak, sekatan aktiviti hiburan turut tersenarai sebagai salah satu usaha bagi mengekang penularan wabak berkenaan daripada terus menjadi parah.

Bagaimanapun, setelah lebih tiga tahun berlalu, virus itu tetap ‘menghantui’ masyarakat sehingga ada yang berasa bimbang sekiranya virus itu sekali lagi akan ‘menutup’ sumber rezeki mereka.

Namun, bagi Ara atau nama lengkapnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Allah SWT.

Meskipun akui terkesan, tetapi Ara tetap positif bahawa setiap kesabaran itu akan membuahkan hasil.

Natijahnya, dia bakal menyertai Konsert Pesta Muzik Kuantan bersama dengan bintang besar dari Indonesia, Ungu.

Baca juga: Konsert VR Jack Harlaw catat sejarah tersendiri

Baca juga: Konsert solo GOT7: Mark Tuan 6 Januari di Zepp KL

Teruja dengan peluang itu, Ara mengharapkan peluang itu akan menjadi permulaan terbaiknya bagi tahun 2024.

“Saya rasa sangat bersyukur dan jenis saya memang menyokong industri muzik, peluang yang diberikan kepada saya terlibat dalam konsert itu satu pembukaan yang baik pada tahun baru ni dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.

”Ditawarkan untuk membuat persembahan bersama nama besar seperti Kumpulan Ungu di Pesta Muzik Kuantan nanti sangat gembira dan rasa syukur yang sangat sangat,” katanya kepada Arena Muzik.

Dalam pada itu, Ara turut mengulas tentang kemunculan single baharu yang tentu sahaja menjadi hal yang paling dinantikan peminat.

Saat ditebak tentang itu, Ara bungkam seketika sebelum meneruskan bicara.

Katanya, perancangan ke arah itu sudah ada, namun masih belum dapat dikeluarkan lagi.

”Setakat ni masih dalam perancangan lagi. Apa yang boleh dikongsi, ada dua lagu baharu yang akan keluar.

“Cuma buat masa ini kami sedang mengatur masa yang sesuai untuk melancarkannya. Apabila sudah sampai masa, Insya-Allah semoga dipermudahkan,” katanya.

Untuk info, Konsert Konsert Pesta Muzik Kuantan dijadualkan pada 24 Februari depan bertempat di Stadium Darul Makmur, Pahang turut membariskan beberapa bintang lain antaranya Khai Bahar, Nabila Razali, Eda Azrin, Den Manjo dan Naim Daniel. — Arena Muzik

Tags: ara joharikonsert pesta muzik kuantan
Previous Post

Konsert VR Jack Harlaw catat sejarah tersendiri

Next Post

Naim Daniel bakal lancar lagu duet dengan Jamal Abdillah

Next Post

Naim Daniel bakal lancar lagu duet dengan Jamal Abdillah

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.