Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Shaa kembali mempetaruhkan Kau Bukan Milikku

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 31, 2023
in Berita
0
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena apabila video muzik lagu Pertama Kali, berjaya meraih hampir 40 juta tontonan di YouTube, kini Shaa kembali dengan buah tangan baharu dengan harapan karyanya itu dapat diterima.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 28, berkata, lagu baharu bertajuk Kau Bukan Milikku menjadi taruhan baharu yang dilihat bersesuaian untuk dijadikan ‘senjata’ untuk tahun 2024.

Katanya, lagu genre balada itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mekiya yang diterbitkan oleh syarikat rakaman Nova Music (M).

“Genre lagu kali ini sama saja macam lagu-lagu terdahulu saya. Bagi saya, genre balada pop cukup kena dengan vokal saya. Malah, peminat juga memberikan reaksi positf terhadap lagu nyanyian saya dengan genre begini.

Baca juga: Seribu Tahun versi Jaz Hayat

Baca juga: Yuka Karisma yakin kemampuan Alha Alfa, Zara Zya dalam Cinta Agung

“Lagu ini mempunyai kelebihan dari segi melodi dan lirik. Melodinya sangat menarik dan mampu memukau pendengar dengan lenggok melodi yang sedap didengar. Pendengar akan berasakan hubungan emosi yang kuat ketika mendengarkan lagu ini kerana ia mampu menggambarkan situasi dan perasaan ‘semula jadi’ manusia,” katanya.

Lagu Kau Bukan Milikku merupakan single baharu Shaa.

Lagu Kau Bukan Milikku mula dilancarkan pada 29 Disember lalu sementara video lirik dan video akustik lagu tersebut juga boleh mula ditonton di YouTube Nova Music Videos.

Video muzik dan video lirik lagu Pertama Kali dan Biar Ku Pergi nyanyian Shaa masing-masing berjaya capai tontonan sebanyak 37 juta dan 6.2 juta di YouTube.

Dalam pada itu, Pertama Kali juga kini menjadi antara lagu popular di aplikasi TikTok.

Sebelum ini Shaa pernah menghasilkan single bertajuk Biar Ku Pergi (2018) dan Tersentak di Dada (2022).— Arena Muzik

Tags: pertama kalishaaa
Previous Post

Seribu Tahun versi Jaz Hayat

Next Post

Lagu Taylor Swift, Miley Cyrus antara 5 karya popular 2023

Next Post

Lagu Taylor Swift, Miley Cyrus antara 5 karya popular 2023

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.